DEGUPJANTUNG

May 3, 2011

nikmat cinta selepas kahwin~


Assalamualaikum


Setelah sekian lama aku tak berblogging, tup2 nak tulis entry pasal kahwin. Nampak benor gatai nyer..haha wutever!







Orait, hari Jumaat lepas, 29 April, cousin aku yang paling rapat dah pun menamatkan zaman bujang pada usia 22 tahun. Wahh kepak kepong kepak kepong (bunyi kompang).. tahniah lah ye.. Aku sangat kagum dengan keberanian dia berkahwin di usia muda. I am happy for her.. tapi entah kenapa, masa dia berarak and bersanding, aku rasa sebak sangat.. Aku rasa kehilangan.. sobs sobs~~


Dalam kemeriahan majlis, sempat jugak kepala otak aku menerawang. Masa Fairuz (my cousin) berpimpin tangan dengan suami dia, aku terfikir sesuatu..

Memang nikmat kan cinta yang dibina selepas berkahwin. Bayangkan, perasaan teruja and gembira tu mesti tak tergambar dengan kata2. Beza sangat kalau kita dah couple bertahun-tahun, dah selalu berpegang tangan, dah biasa berpelukan, dah biasa sangat berdua-duaan bermesra-mesraan, mesti masa kita salam suami kita time lepas akad nikah tu, takdelah rasa lain sangat. Sebab?? Dah biasa salam tangan dia after dating. Kan??

Masa suami sarung cincin ke jari, taklah takut sangat sebab dah banyak kali dia genggam tangan kita masa dating dulu. ye kan?

Sangat berbeza kalau kita tak pernah bersentuhan dan bermesraan dengan bakal suami kita sebelum ada ikatan yang sah. Saat dia sarung cincin tu, sejuknya tangan sampai menggigil-gigil sebab itulah kali pertama tangan kita disentuh lelaki ajnabi. Saat kita salam dan cium tangan dia, terasa nikmatnya sebab kita berjaya menyelamatkan maruah kita dari disentuh sewenang-wenangnya lelaki ajnabi.

Sweet kan kalau dah jadi suami isteri tapi masih malu2.. Tapi, kalau masa couple dulu dah biasa sangat bertandang ke rumah bakal isteri/suami, rasa macam biasa aje... Dah tahu dah laluan nak pergi toilet, nak pergi stor and dah tahu dah bilik si dia yang mana satu, (malah dah pernah pun baring kat katil si dia..ewww) dah tak sweet lah macam tu. Takde beza pun before and after kahwin, kan??


with kak aizu (tunang orang nieh)..



with lia.. belasah je bergambar atas pelamin..


Ya, aku takkan salahkan korang yang sedang dilamun cinta. Aku tak jeles pun! (okay aku tipu) cuma, harap2 korang pandailah jaga diri. Janganlah bertindak keterlaluan sampai menggadai maruah and memalukan keluarga. Ingat, zaman sekarang lelaki suka jadi buaya!

Sejujurnya, aku mengimpikan sebuah cinta selepas kahwin. Cinta yang direstui keluarga aku dan diberkati Allah swt. Amin~~



Ilham dari hati : Only God knows how much I love you~

Photobucket

8 comments:

  1. tajuk menarik.:)
    huhu. aku juga berharap cinta selepas kahwin.
    sebab memang banyak dugaan cinta sebelum kahwin ni.
    tapi aku dah ke arah itu. so doakan yang terbaik untuk aku k sahabat..? aku just doa dia lah jodoh aku. insyaALLAH. coz he's my first.
    aku doakan kau juga jumpe your mr right,

    -abez, :) thnks for reminder. :)
    tulis la lagi; aku suke baca hahah.

    ReplyDelete
  2. abez: xpe, aku fhm. aku penah lalui semua tu.chewahh..

    always pray for ur happiness..

    ReplyDelete
  3. pergh...mmg gatai, merenyam suma ada...lama tak tulis entry terus ckp psl kawin...huh...

    neway...gud entry...bijak memanipulasi keadaan seyh...hahahaha....

    ReplyDelete
  4. kawan ko aka rahmah ;pMay 6, 2011 at 2:27 AM

    salam shaieee... yups! vote for bercinta slps kaweeeen!
    yg halal n yg haram tu jelas....
    semoga kita semua terpelihara hingga ke hujungnyeeee...
    p/s: meer atas ni zamir eh? mcm org yg same pnah komen kat blog eden.. hurm.

    ReplyDelete
  5. zamir :opss apa slh nye gatal2..haha

    rahmah : hye my dear! yup meer tu zamir..

    ReplyDelete
  6. cinta lepas kawin?? itu lah harapan ku:)

    ReplyDelete
  7. tajuk yang memang kena dgn aku ni hah... huhu.. dari x penah terpk langsung tuk bersama si dia.. yang cuma rakan sekerja, bukan 1 ofis pun.. cuma di bawah bidang tugas yang sama... tup2 nak jd isteri aku dah.. tak penah langsung bercinta.. terus aku melamar dia, dia stuju... so kami akan bercinta selepas berkahwin... insyaallh.. penghujung bulan 5 ni.

    ReplyDelete
  8. AKU MASEH MNCARI KEKASIH HALALKU.....SWEET ACTUALLY LOVE AFTER MARRIED NI....
    I PN NK.... :)
    DOAKAN YA!!!

    ReplyDelete