DEGUPJANTUNG

Jun 6, 2011

Bertudung vs free hair (Prejudis dan diskriminasi)

Assalamualaikum


Korang perasan tak, tanpa kita sedar wujud perasaan prejudis dia antara gadis bertudung dan gadis free hair. Dan, wujud diskriminasi terhadap kedua-dua golongan ni.


Contoh prejudis.
Gadis bertudung : Ishh susah sangat ke diorang nak bertudung? Bertudung bukannya tak boleh berfesyen. Kalau pakai tudung kan lagi cantik daripada tayang rambut karat tu. Apa? Pakai tudung panas? Hey api neraka lagi panas lah weh!!


Gadis free hair : Alah, ingat semua yang pakai tudung tu baik sangat ker? Korang couple jugak kan? Pergi dating gak. Peluk2 pegang tangan, tapi pakai tudung. Kau pakai tudung pun, pakai legging, baju pendek. Baik tak payah pakai tudung macam tu!


Diskriminasi ni pulak biasanya akan lebih terkena pada gadis bertudung lah. Contohnya, kalau nak masuk lumba lari, mesti kena ikat tudung ke belakang. Tarik seluar sampai lutut. Sinsing lengan baju sampai pangkal ketiak. Kenapa?? Menutup aurat tu menghalang kita bersukan ke? Huh I dont think so!


Dan, biasanya masyarakat kita meletakkan batas2 tertentu terhadap gadis bertudung. Contohnya, gadis bertudung tak manis gelak kuat2 dekat public, tak manis keluar berdua-dua dengan lelaki. Gadis bertudung tak boleh itu, tak boleh ini. Erkk habis tu gadis free hair takpe pulak buat semua tu? Gadis free hair lainlah. Kitorang nampak macam sosial sikit. Takpe kalau nak gelak kuat2 ke nak dating pegang2 tangan ke, sebab kitorang free hair. Gadis bertudung kan nampak macam ayu baik je, so mana boleh buat benda2 camtu. Lorhh pulak dah..


Aku taknak cakap siapa yang salah siapa yang betul. Aku nak korang fikir betapa buruknya kesan sikap prejudis dan diskriminasi itu terhadap kekuatan ummah kita. (Perghh ayat ustazah kot.hehe)


Sejujurnya, aku mengaku pernah prejudis dengan golongan free hair. Tapi, aku tak cakap diorang jahat. Tak pernah pun keluar dari mulut aku ni yang gadis free hair tu jahat. Cuma, setiap kali aku kenal dan berkawan dengan gadis free hair, aku tertanya-tanya, susah ke nak bertudung? Sikap prejudis dalam diri aku lama-lama hilang sebab semakin lama aku semakin nampak kebaikan dalam diri gadis2 free hair (yang aku kenal).


Ada lagi beberapa orang gadis free hair yang aku kenal tapi punya hati yang cukup baik. Lemah lembut, sopan, hormat orang, tak pakai dedah2. Sebab tu, aku seboleh-boleh taknak ada perasaan prejudis terhadap gadis free hair. Gadis2 free hair ni sebenarnya ada kemelut dalaman. Diorang nak bertudung tapi belum bersedia. Diorang takut kalau pakai tudung, mesti dah tak boleh nak pakai skinny, baby-T. Mana nak campak legging dengan tube? Nak buang rasa membazir kan? Dan, kalau bertudung mesti tak boleh nak berfesyen sangat. Kalau bertudung, macam segan je nak dating pegang2 tangan. Kalau bertudung, mesti tak boleh dah nak lepak sambil gosip2, gelak kuat2 dengan member2. Mana boleh dah nak tepuk tampar dengan boys. Semuanya kena jaga.


Mungkin juga gadis2 free hair ni tunggu hidayah datang dari langit untuk membuka hatinya supaya bertudung. Alasannya, biarlah masa yang tentukan. Diorang taknak bertudung kerana terpaksa. Kalau boleh, biarlah ikhlas dari hati dan bukannya kerana sesiapa. Lagipun, kalau pakai tudung tak semestinya baik kan? Tiada paksaan dalam Islam kan? Hmm



Pada pandangan gadis bertudung pulak, mereka jauh lebih baik. Sebab mereka turut perintah agama. Pakai sopan2 dan tak mendedahkan tubuh. Tapi, betul ke kita semua baik? Baik yang macam mana ye? Kita bertudung tapi pakai make up tebal2, cukur kening, cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi pakai legging. Cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi suka buat fitnah dan membuka aib orang lain, cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi kita tak solat dan buat maksiat. Cukup baik ke kita? Jadi, siapa kita untuk mengatakan gadis free hair itu jahat?


Untuk gadis bertudung : Kita sama sahaja dengan gadis free hair. Tidak perlu prejudis terhadap mereka. Ya, menurut perintah Allah (menjaga aurat) menunjukkan kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Tapi, dengan mengutuk dan mencaci mereka, bermakna kita merosakkan hubungan kita dengan manusia. Jadi, cukup baik kah kita? Cara terbaik, dekati mereka dan tunjukkan teladan yang baik. InsyaAllah mereka akan segan dan hormat dengan kita. Dan siapa tahu, peribadi kita membuatkan gadis free hair terbuka hati untuk bertudung..


Untuk gadis free hair : Memang korang tak sibuk pasal orang lain, tapi korang tak jaga hubungan dengan Allah. Kalau korang boleh tunduk dengan kehendak fesyen, kenapa tak patuh dengan suruhan Allah? Hidayah perlu dicari dan diusahakan bukan hanya menunggu. Ada amalan yang mula2 perlu dipaksa, dan lama2 ia akan sebati dengan diri kita. Dengan menutup aurat, insyaAllah kita akan menjaga diri dari segala maksiat dan terhindar dari keruntuhan akhlak. InsyaAllah.


Kesimpulannya, campakkan sikap prejudis dan diskriminasi. Keimanan kita hanya Allah yang boleh menilai. Dalam Al-Quran tak suruh gadis bertudung je yang kena jaga diri. Tapi, Allah suruh kita (semua perempuan) supaya tutup aurat dan pelihara maruah diri. Tak semudah petik jari, tapi Allah menilai setiap kebaikan yang kita usahakan. So, apa tunggu lagi?


Ilham dari hati : Kita bertudung tapi kita dah cukup tutup aurat ke? Muhasabah diri sendiri..


Photobucket