DEGUPJANTUNG

Jun 6, 2011

Bertudung vs free hair (Prejudis dan diskriminasi)

Assalamualaikum


Korang perasan tak, tanpa kita sedar wujud perasaan prejudis dia antara gadis bertudung dan gadis free hair. Dan, wujud diskriminasi terhadap kedua-dua golongan ni.


Contoh prejudis.
Gadis bertudung : Ishh susah sangat ke diorang nak bertudung? Bertudung bukannya tak boleh berfesyen. Kalau pakai tudung kan lagi cantik daripada tayang rambut karat tu. Apa? Pakai tudung panas? Hey api neraka lagi panas lah weh!!


Gadis free hair : Alah, ingat semua yang pakai tudung tu baik sangat ker? Korang couple jugak kan? Pergi dating gak. Peluk2 pegang tangan, tapi pakai tudung. Kau pakai tudung pun, pakai legging, baju pendek. Baik tak payah pakai tudung macam tu!


Diskriminasi ni pulak biasanya akan lebih terkena pada gadis bertudung lah. Contohnya, kalau nak masuk lumba lari, mesti kena ikat tudung ke belakang. Tarik seluar sampai lutut. Sinsing lengan baju sampai pangkal ketiak. Kenapa?? Menutup aurat tu menghalang kita bersukan ke? Huh I dont think so!


Dan, biasanya masyarakat kita meletakkan batas2 tertentu terhadap gadis bertudung. Contohnya, gadis bertudung tak manis gelak kuat2 dekat public, tak manis keluar berdua-dua dengan lelaki. Gadis bertudung tak boleh itu, tak boleh ini. Erkk habis tu gadis free hair takpe pulak buat semua tu? Gadis free hair lainlah. Kitorang nampak macam sosial sikit. Takpe kalau nak gelak kuat2 ke nak dating pegang2 tangan ke, sebab kitorang free hair. Gadis bertudung kan nampak macam ayu baik je, so mana boleh buat benda2 camtu. Lorhh pulak dah..


Aku taknak cakap siapa yang salah siapa yang betul. Aku nak korang fikir betapa buruknya kesan sikap prejudis dan diskriminasi itu terhadap kekuatan ummah kita. (Perghh ayat ustazah kot.hehe)


Sejujurnya, aku mengaku pernah prejudis dengan golongan free hair. Tapi, aku tak cakap diorang jahat. Tak pernah pun keluar dari mulut aku ni yang gadis free hair tu jahat. Cuma, setiap kali aku kenal dan berkawan dengan gadis free hair, aku tertanya-tanya, susah ke nak bertudung? Sikap prejudis dalam diri aku lama-lama hilang sebab semakin lama aku semakin nampak kebaikan dalam diri gadis2 free hair (yang aku kenal).


Ada lagi beberapa orang gadis free hair yang aku kenal tapi punya hati yang cukup baik. Lemah lembut, sopan, hormat orang, tak pakai dedah2. Sebab tu, aku seboleh-boleh taknak ada perasaan prejudis terhadap gadis free hair. Gadis2 free hair ni sebenarnya ada kemelut dalaman. Diorang nak bertudung tapi belum bersedia. Diorang takut kalau pakai tudung, mesti dah tak boleh nak pakai skinny, baby-T. Mana nak campak legging dengan tube? Nak buang rasa membazir kan? Dan, kalau bertudung mesti tak boleh nak berfesyen sangat. Kalau bertudung, macam segan je nak dating pegang2 tangan. Kalau bertudung, mesti tak boleh dah nak lepak sambil gosip2, gelak kuat2 dengan member2. Mana boleh dah nak tepuk tampar dengan boys. Semuanya kena jaga.


Mungkin juga gadis2 free hair ni tunggu hidayah datang dari langit untuk membuka hatinya supaya bertudung. Alasannya, biarlah masa yang tentukan. Diorang taknak bertudung kerana terpaksa. Kalau boleh, biarlah ikhlas dari hati dan bukannya kerana sesiapa. Lagipun, kalau pakai tudung tak semestinya baik kan? Tiada paksaan dalam Islam kan? Hmm



Pada pandangan gadis bertudung pulak, mereka jauh lebih baik. Sebab mereka turut perintah agama. Pakai sopan2 dan tak mendedahkan tubuh. Tapi, betul ke kita semua baik? Baik yang macam mana ye? Kita bertudung tapi pakai make up tebal2, cukur kening, cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi pakai legging. Cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi suka buat fitnah dan membuka aib orang lain, cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi kita tak solat dan buat maksiat. Cukup baik ke kita? Jadi, siapa kita untuk mengatakan gadis free hair itu jahat?


Untuk gadis bertudung : Kita sama sahaja dengan gadis free hair. Tidak perlu prejudis terhadap mereka. Ya, menurut perintah Allah (menjaga aurat) menunjukkan kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Tapi, dengan mengutuk dan mencaci mereka, bermakna kita merosakkan hubungan kita dengan manusia. Jadi, cukup baik kah kita? Cara terbaik, dekati mereka dan tunjukkan teladan yang baik. InsyaAllah mereka akan segan dan hormat dengan kita. Dan siapa tahu, peribadi kita membuatkan gadis free hair terbuka hati untuk bertudung..


Untuk gadis free hair : Memang korang tak sibuk pasal orang lain, tapi korang tak jaga hubungan dengan Allah. Kalau korang boleh tunduk dengan kehendak fesyen, kenapa tak patuh dengan suruhan Allah? Hidayah perlu dicari dan diusahakan bukan hanya menunggu. Ada amalan yang mula2 perlu dipaksa, dan lama2 ia akan sebati dengan diri kita. Dengan menutup aurat, insyaAllah kita akan menjaga diri dari segala maksiat dan terhindar dari keruntuhan akhlak. InsyaAllah.


Kesimpulannya, campakkan sikap prejudis dan diskriminasi. Keimanan kita hanya Allah yang boleh menilai. Dalam Al-Quran tak suruh gadis bertudung je yang kena jaga diri. Tapi, Allah suruh kita (semua perempuan) supaya tutup aurat dan pelihara maruah diri. Tak semudah petik jari, tapi Allah menilai setiap kebaikan yang kita usahakan. So, apa tunggu lagi?


Ilham dari hati : Kita bertudung tapi kita dah cukup tutup aurat ke? Muhasabah diri sendiri..


Photobucket

11 comments:

  1. AGREED! yeah manusia saling prejudis antara satu sama lain.nature of human since a long time ago.hmm...i met a lot of poeple that are prejudice to freehair people and i dont think thta's appropriate.sebab semakin kita prejudis,semakin jauhlah mereka dari kita dan mereka akan membentuk kumpulan sendiri lantas timbullah puak-puak.can we just be nice to everyone? manalah tahu kan selama mereka berdampingan dengan kita dan memerhati kita lama -lama mereka akan terbuka hati :)

    ReplyDelete
  2. ana stuju..kadang2 manusia itu perasan bhw mrk berilmu.. dan ada diantara mrka yg berilmu pula perasan bhw mrk beramal.. cuba btanya kpd mrk yg pd mulanya freehair tp kmudiannya pkai tudung.. rasanya mrk ini g0l0ngan yg mampu memahami 0rg yg btudung n x btudung.. h0rmatilah 0rg skeliling kamu dan bbuat baiklah pd mrk.. dan sentiasalah bsangka baik dengan 0rg lain.. Allah itu lbih mngtahui akan stiap yg dlakukan 0leh hambanya2.. siapalah kte nak mhukum atau prejudis antara satu ngan yg lain sdangkan diri kte sdiri xtau lg kdudukan kte dmata Allah s.w.t.. yg penting laksanakan perintah Allah lillahita`ala..

    ReplyDelete
  3. waaaa budak wehh.pandai kau
    berkata kata kn..
    tapi adik aku pun gitu gak..
    grrrrr...
    =)

    ReplyDelete
  4. sweeeeeeeeetheart! i like ur post yg ni byk2.
    nasihat yg santai tapi byk kebenarannya.

    hidayah perlu dicari, bukan turun gedebuk gitu sahaja.

    mafhum hadis; barang siapa Allah hendak kebaikan padanya, diberi kefahaman dalam agama.

    moga kita tergolong dalam golongan yang benar2 FAHAM agama dan bukan sekadar TAHU agama. allahu a'lam :)

    ReplyDelete
  5. tiada paksaan dalam agama tu maksudmye TIADA PAKSAAN DALAM MEMILIH AGAAMA LAAA.............
    dan punca nak ber freehair, dan pakai tudung tapi sexy, adalah sebab NAFSU SENDIRI. DIDIK NAFSU SUPAYA TUNDUK PADA AKAL.

    ReplyDelete
  6. well done...tp bile nk kuar entry br...tak de idea ke wei....

    ReplyDelete
  7. ala zaman sekarang ni insyaallah semua orang dah tahu dah yang hukum menutup aurat tu wajib kan..negara kita pon x permasalahkan nak bertudung n sebagainya..yang susah sangat tu kenapa yaa..xsampai hidayah..logik ka alasan tu??mybe tidak mendapat didikan dari kecil kot or suasana sekeliling..sapa kata yang pakai tudung tu hanya bersalah ngan Allah saja..dengn manusia pon bersalah..klu orang lelaki(yang bukan mahram) yang lihat dia nescaya dia dapat dosa, yang lihat dia dapat dosa dan bagi yang x kahwin lagi ibu bapa dia yang dapat dosa..jadi jangan dok ngaku lah yang tak pakai tudung tu baik sangat sungguh pon dia mmg pada zahir nampak baik(mybe pada peri laku ja kot nampak baik) ..lagipon orang yang baik pon tak mengaku baik..orang tak pakai tudung ni kesan yang buruk pada masyarakat..macam buah nangka lah..klu ditutup lebih selamat berbanding yang sememangnya terbuka, itu lebih bersiko dari serangan binatang2..ni xmasuk belah mana lah..sama2 lah kita muhasabah..dan yang pakai tudung plak kena jaga tatatertib dan sebagai tauladan kepada orag yang tak pakai tudung..jangan yang pakai tudung tu lebih teruk pada yang xpakai tudung..itu satu fitnah yang besar kepada orang yang bertudung..astaghfirullah..

    ReplyDelete
  8. Saya sangat setuju dgn post awak ni! ^^

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya suka post awak ni, cuma, ada beberapa lah yang saya tak berapa faham.

    1) bukankah berpegang-pegangan (rujuk: pegang tangan waktu dating) dengan yang bukan mahram itu haram? Ustazah saya kata, kalau pegang dengan sengaja, macam kita pegang babi. Wallahu'alam.

    Yang lain semua saya setuju, walaupun saya amat galakkan diorang sekarang menutup aurat. :) bak kata Ustaz Azhar Idrus "Tak wajib pakai tudung, tapi wajib menutup aurat" :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      maksud post ni ialah tanggungjwb kite semua sme. walau pon tak brtudung tp yg haram ttp haram. kalau yg bertudung pon tangjwb nye sme. :)

      Delete
  10. Wah..siap main futsal tu..berbanggalah kerana kita menutup aurat...

    AWAS sesuatu yang ohsem menanti anda

    ReplyDelete