DEGUPJANTUNG

Jan 29, 2011

anak dara tak reti masak HARUS baca ini :p

assalamualaikum.

hye korang!!! Hari ni hari ahad. So, apa aktiviti korang hari ni? Aku? Anak dara yang AYU dan MANIS serta BERPEKERTI MULIA macam aku ni, haruslah duduk rumah saja. hahahaha

pagi tadi lepas sarapan nasi goreng, as usuall aku tolong mak masak. Menu hari ini ialah ikan cencaru bakar dengan kobis masak lomak putih. Perghhh mengancam beb!

Aku tahu korang nak tanya aku macam mana nak buat ikan cencaru bakar kan? see...i know u dont know how to bakar2 ikan kan? But big girl please dont cry okay! I will help you bebeh..hikhikhik *ketawa gedik

actually, kalau korang google, banyak sangat resepi ikan cencaru ni. Semua nama nak gah aje! hahaha aku baca pun pening plus juling2. Padahal, semua resepi tu hasilnyer lebih kurang sama je. Yang membezakan just nama. owhh apalah ada pada nama kan? ngeh~~

Antara link yang korang boleh jumpa resepi ikan cencaru ni;




hahaha macam2 nama kan? Aku sendiri tergelak2 baca nama resepi ni..patutlah ramai anak dara zaman sekarang tak reti masak, sebab kat internet ni macam2 style ada. Sampai pening anak dara yang tak reti masak tu nak pilih resipi paling senang. Last2, anak dara tak reti masak tu order je kat kedai. errk, siapalah anak dara tak reti masak tu kan? (^__^)

So, kesimpulan yang aku nak bagitahu, better korang2 cik anak dara tak reti masak ni, belajar dengan someone yang pakar. Contohnya, mak korang lah! Masa mak korang tengah masak, joinlah sekali kat dapur tu. Dengar semua petua yang dia bagitahu. Buat apa yang dia suruh. Barulah berkesan. Ingat, nak belajar masak mesti kena dengar arahan, sentuh bahan dan amalkan. Alamak, Chef Wan la pulak u olsss! hahahaha

Kalau aku, lebih suka ikut style mak aku. Senang and simple.
Sodap pon sodap!


Resepi Ikan Che Charu Sumbat Terbakar


[pic: hencek google]


1. Siang Che Charu tu dan belah sisi badan dia (sama ada sisi kanan or kiri).

2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan bakar pakai lesung batu (ke batu lesung?? apa2 jelah nama nyer) Masa tumbuk tu, campurkan sikit serbuk kunyit.

3. Sumbatkan bahan yang korang tumbuk tadi ke dalam sisi badan Che Charu. Ratakan juga bahan tu ke seluruh tubuh badan Che Charu (ala2 sapu skrub badan gitu!).

4. Baringkan Che Charu tu atas daun pisang yang dah disapu minyak masak (supaya tak melekat) dan bakar atas kuali leper.

5. Agak2 Che Charu dah masak, matikan api dan makanlah!



Kuah Kicap Manis Cili Berapi


[pic:hencek google]


1. Kisarkan seulas bawang putih dengan sejemput cili padi guna blender dan campurkan kicap manis.

2. Hiris bawang merah nipis2 dan gaulkan bersama bahan yang dah dikisar tadi.

3. Perah limau kasturi sebiji dua sebagai penambah perasa.


Taraaaa...done! Senang kan? Aku saja letak nama resepi ni over sikit. Kalau orang lain boleh bagi nama over2 apesal aku tak boleh?? i nak femes jugak u olss! hahahaha :p

Owh ye korang! Kalau nak buat kuah kicap tu, make sure jangan letak bawang putih banyak, nanti pahit. Seulas dua dah cukup. Eh, seulas tau bukan sebiji! Kalau nak pedas, lebihkan sikit cili padi tu. Kalau rasa kureng mengancam, korang adjust lah mana yang patut okay? Korang kan master dalam bidang masak memasak ni. (buweekkkkk)..hahhahaha


Orait peeps! Selamat Mencuba.
Tengs for reading this entry.
Wassalam. Papaiiii...(^__~)



ilham dari hati : Bilalah aku boleh masak untuk suami. *wink wink*

5 comments:

  1. HEHE . qlah suke memasak.. aumm ! tetibek je lapa mlm2 ni ..

    ReplyDelete
  2. aisha! i loike post nih.
    ko buat aku tringin nk mkn fresh lah. kat jodeng ssah nk dpt. yg frozen ade la.
    but better than never kn?

    p/s: weh, ape mskn spesel melaka? kongsi sket :DD

    ReplyDelete
  3. qlah: suka masak?? wahh calon isteri solehah ni..

    dr rahmah: blik msia hang crik lah che charu ni..next entry aku try post psl mskn melka k..tp xjnji tau..huhu

    ReplyDelete
  4. oohh makcik..
    yg ni tak mampu la aku nak masak.
    ni gaye masak2 makcik2 ni.hehe

    ReplyDelete
  5. owhh makcik juma! da besar pnjang da..moh le blaja masak..

    ReplyDelete