DEGUPJANTUNG

May 30, 2011

Renungan awak buat saya gila (^_~)

Assalamualaikum


Orang tua2 pesan, jangan benci sangat nanti esok2 jatuh suka. Budak2 sekarang suka cakap, jangan gaduh2 selalu, nanti lama2 bercinta. Hmm


Mak2 sedara, makcik2 kampung sokmo usik2 aku. Diorang kata aku akan bertemu jodoh dengan orang Kelantan. Sebab, weyhh 5 tahun setengah kot aku stay sini. Jadi, secara teorinya, kemungkinan itu ada betulnya. Tapi, setiap kali kena usik, aku selalu mengelak.


Ishh taknaklah lelaki Kelantan. Bekeng! Pemalas.


Ishh taknak lah kahwin dengan orang Kelantan. Nanti susah nak balik raya.


Lebih dua tahun setengah jugaklah aku beralasan macam tu. Tapi kan, bila difikir-fikir balik, aku takut nak mengelak2 sangat. Takut nanti, yang kita taknak tu yang kita dapat. Last2, kalau diorang mengusik, aku senyum dan diam. Paling2 koman pun, aku gelak sekali kalau dorang gelakkan aku.


Frankly speaking, aku susah nak jatuh cinta. Ececehhh! Haha. Aku boleh je suka kat mana2 lelaki tapi untuk rasa lebih dari tu, aku tak boleh. Apa yang aku perasan, lelaki yang menjadi pilihan aku ( I mean yang cepat tarik perhatian aku) ialah lelaki yang hitam manis. Haha Ijan, kau jangan perasan dik! Or lelaki tu sawo matang. Tak pernah seumur hidup aku minat lelaki jambu. Jambu?? Never!


Aku perasan gak, lelaki yang aku minat semuanya nama diorang ada huruf S dan F. Sama ada ada dua2 huruf atau salah satu. Aku pun pelik dengan kebetulan ni. Padahal, huruf Z ialah huruf favourite aku. Bukannya S dan F. See, apa yang kita tak suka, itu yang kita dapat kan?


Macam tu jugak dengan negeri kelahiran. Abah aku beriya-iya pesan, kalau boleh cari pakwe yang sama bendera (Melaka). Tapi, tak pernah seorang pun lelaki Melaka yang buat aku tertarik. In fact, aku lebih tertarik dengan lelaki Kelantan dan Terengganu. Hmm can you see? Aku punyalah ngelak bertemu jodoh dengan lelaki Pantai Timur, tapi lari jauh2 pun hati aku berkenan dekat spesies ni. Apesal ek?


Okay, lelaki2 tu sekadar menarik minat aku je. Tak lebih dari tu. So, takde masalah pun sebenarnya. Cuma lately, ada someone yang buat aku berbunga-bunga . Kitorang ada beberapa kali terserempak dan bertegur sapa, tapi setakat itu aje. Masa mula2 kenal, dalam hati aku, eh2 suweeeetttnyer mamat ni. Soft spoken and kelakar. Tapi, memang takde langsung rasa nak kenal lebih2. Lama kelamaan, kitorang sering terserempak. Selalu bertegur sapa. Bertukar senyuman dan berbalas jelingan. Haha. Pun aku tak rasa apa2. Tapi, sejak satu peristiwa dekat maktab hari tu, aku asyik teringat dia. Itu perbualan kitorang yang paling panjang. Actually, time tu aku tak rasa apa2 pun, tapi bila dia angkat beg aku masuk dalam kereta, lambai tangan sambil ucap take care, aku terpana. Hmm since tu aku asyik nak senyum aje. Rasa bahagia. Kenapa ek? Aku suka dia ke?




Bila asyik teringat je kan, tiba2 hati aku buat keputusan.


Dia budak Kelantan tau. K-E-L-A-N-T-A-N! Kau boleh ke dengan mat Kelantan?Hati dah suka, nak buat macam mana...:p

Perghh aku pun tak tahu macam mana aku boleh decide macam tu. Hati dah suka, tak kisah dah dia dari mana. Haha

Bukan aku nak sangat bercerita hal2 personal dekat blog, aku cuma nak share rasa hati aku dengan korang. Kadang2 kita ni terlalu membenci sesuatu. Tahap kebencian kita tu sampai nak pandang pun tak sudi. Mulut kita bukan main celupar cakap tak nak, tak akan dan tak mungkin. Tapi, sedar tak kita ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu semuanya di tangan Allah? Allah berkuasa membalik-balikkan hati kita. Hari ini kita benci, esok kita suka. Hari ini kita mahu, esok kita tak mahu.

Jadi, berhati-hatilah. Jangan sampai sudah ludah ke langit, akhirnya terkena batang hidung sendiri. Buat si dia, kalau awak takde niat nak jadi hero saya, tolong jangan dekat dan tegur saya lagi. Renungan awak buat saya gila.Itu sahaja…




Ilham dari hati : Aku tak sabar nak balik maktab sebab nak jumpa dia.



Photobucket

11 comments:

  1. yehh me too weh..haha kalau boleh xmau llki pntai timur..aiseh..

    ReplyDelete
  2. ish..ape plak nak ikut bendera..toksah..kalau dha jodoh x pndang dha semua tu..pak arab, mat salleh nak je kite kawen kan? padahal lagi susah nak balik raya, kenapa kelantan x nak :)
    heee~ btw, org kelantan banyak muke juruh, putih, bersih, sejuk..hehehe.. u know what i mean kan.. :)

    thnx for coming to my blog n leave komen..i appreciate :)

    ReplyDelete
  3. akak..S tu muni tau SAPE.. heheheh :D..kite serupa..NO GUYS FROM PANTAI TIMUR :p

    ReplyDelete
  4. oit2. hehe sori, aku tak bc. saje nak tuleh sini.hahahah

    ReplyDelete
  5. @ayu : kalau boleh, tp kalau tak boleh?? haha

    @ratu:haha diorang juruh, putih sbb mls buat kijo.haha

    @muni : haha jgn ckp taknak dik :p

    ReplyDelete
  6. pergh...dahsyat2...tuhan dah tentukan jodoh...tp kita tetap kene cari jodoh tersebut...coz jodoh merupakan salah satu jenis rezeki...makhluk yg bernama manusia perlu mencari rezeki..makna kata perlu juga mencari jodoh...so..bila cari jodoh carilah yang 'setulang rusuk' ngan kita...brlah harmoni...

    neway...setuju...do not like klantanian...

    ReplyDelete
  7. smelah kalau boleh tak nak org pantai timur..tapikan kalau dah bekenan ok je :)

    ReplyDelete
  8. haha.jodoh tu man2 negeri pun boleh dtg..huu~

    (rase post ni comei n lawak~)

    eyh.aisyah ko kenal syafiqah saleh??(alamak..sibuk2 je tnye)

    ReplyDelete
  9. Boyfriend Lily Terengganu, lily KL. see, jauh sgt kn? HEHE. kalo da jodoh nak uat cane. :)

    ReplyDelete
  10. Best blog ni walaupun girlish mode on x pelah tapi yg penting isinya....

    ReplyDelete
  11. suka la cerita ni, comel je rase. saya pun tak pernah terfikir akan suka orang kelantan. tapi risau sebab parents dia sangat kuat kelantannyaa. and takut parents saya tak suka dia sebab dia kelantan. doakan terbaik buat kami

    ReplyDelete