DEGUPJANTUNG

Jun 6, 2011

Bertudung vs free hair (Prejudis dan diskriminasi)

Assalamualaikum


Korang perasan tak, tanpa kita sedar wujud perasaan prejudis dia antara gadis bertudung dan gadis free hair. Dan, wujud diskriminasi terhadap kedua-dua golongan ni.


Contoh prejudis.
Gadis bertudung : Ishh susah sangat ke diorang nak bertudung? Bertudung bukannya tak boleh berfesyen. Kalau pakai tudung kan lagi cantik daripada tayang rambut karat tu. Apa? Pakai tudung panas? Hey api neraka lagi panas lah weh!!


Gadis free hair : Alah, ingat semua yang pakai tudung tu baik sangat ker? Korang couple jugak kan? Pergi dating gak. Peluk2 pegang tangan, tapi pakai tudung. Kau pakai tudung pun, pakai legging, baju pendek. Baik tak payah pakai tudung macam tu!


Diskriminasi ni pulak biasanya akan lebih terkena pada gadis bertudung lah. Contohnya, kalau nak masuk lumba lari, mesti kena ikat tudung ke belakang. Tarik seluar sampai lutut. Sinsing lengan baju sampai pangkal ketiak. Kenapa?? Menutup aurat tu menghalang kita bersukan ke? Huh I dont think so!


Dan, biasanya masyarakat kita meletakkan batas2 tertentu terhadap gadis bertudung. Contohnya, gadis bertudung tak manis gelak kuat2 dekat public, tak manis keluar berdua-dua dengan lelaki. Gadis bertudung tak boleh itu, tak boleh ini. Erkk habis tu gadis free hair takpe pulak buat semua tu? Gadis free hair lainlah. Kitorang nampak macam sosial sikit. Takpe kalau nak gelak kuat2 ke nak dating pegang2 tangan ke, sebab kitorang free hair. Gadis bertudung kan nampak macam ayu baik je, so mana boleh buat benda2 camtu. Lorhh pulak dah..


Aku taknak cakap siapa yang salah siapa yang betul. Aku nak korang fikir betapa buruknya kesan sikap prejudis dan diskriminasi itu terhadap kekuatan ummah kita. (Perghh ayat ustazah kot.hehe)


Sejujurnya, aku mengaku pernah prejudis dengan golongan free hair. Tapi, aku tak cakap diorang jahat. Tak pernah pun keluar dari mulut aku ni yang gadis free hair tu jahat. Cuma, setiap kali aku kenal dan berkawan dengan gadis free hair, aku tertanya-tanya, susah ke nak bertudung? Sikap prejudis dalam diri aku lama-lama hilang sebab semakin lama aku semakin nampak kebaikan dalam diri gadis2 free hair (yang aku kenal).


Ada lagi beberapa orang gadis free hair yang aku kenal tapi punya hati yang cukup baik. Lemah lembut, sopan, hormat orang, tak pakai dedah2. Sebab tu, aku seboleh-boleh taknak ada perasaan prejudis terhadap gadis free hair. Gadis2 free hair ni sebenarnya ada kemelut dalaman. Diorang nak bertudung tapi belum bersedia. Diorang takut kalau pakai tudung, mesti dah tak boleh nak pakai skinny, baby-T. Mana nak campak legging dengan tube? Nak buang rasa membazir kan? Dan, kalau bertudung mesti tak boleh nak berfesyen sangat. Kalau bertudung, macam segan je nak dating pegang2 tangan. Kalau bertudung, mesti tak boleh dah nak lepak sambil gosip2, gelak kuat2 dengan member2. Mana boleh dah nak tepuk tampar dengan boys. Semuanya kena jaga.


Mungkin juga gadis2 free hair ni tunggu hidayah datang dari langit untuk membuka hatinya supaya bertudung. Alasannya, biarlah masa yang tentukan. Diorang taknak bertudung kerana terpaksa. Kalau boleh, biarlah ikhlas dari hati dan bukannya kerana sesiapa. Lagipun, kalau pakai tudung tak semestinya baik kan? Tiada paksaan dalam Islam kan? Hmm



Pada pandangan gadis bertudung pulak, mereka jauh lebih baik. Sebab mereka turut perintah agama. Pakai sopan2 dan tak mendedahkan tubuh. Tapi, betul ke kita semua baik? Baik yang macam mana ye? Kita bertudung tapi pakai make up tebal2, cukur kening, cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi pakai legging. Cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi suka buat fitnah dan membuka aib orang lain, cukup baik ke kita? Kita pakai tudung tapi kita tak solat dan buat maksiat. Cukup baik ke kita? Jadi, siapa kita untuk mengatakan gadis free hair itu jahat?


Untuk gadis bertudung : Kita sama sahaja dengan gadis free hair. Tidak perlu prejudis terhadap mereka. Ya, menurut perintah Allah (menjaga aurat) menunjukkan kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Tapi, dengan mengutuk dan mencaci mereka, bermakna kita merosakkan hubungan kita dengan manusia. Jadi, cukup baik kah kita? Cara terbaik, dekati mereka dan tunjukkan teladan yang baik. InsyaAllah mereka akan segan dan hormat dengan kita. Dan siapa tahu, peribadi kita membuatkan gadis free hair terbuka hati untuk bertudung..


Untuk gadis free hair : Memang korang tak sibuk pasal orang lain, tapi korang tak jaga hubungan dengan Allah. Kalau korang boleh tunduk dengan kehendak fesyen, kenapa tak patuh dengan suruhan Allah? Hidayah perlu dicari dan diusahakan bukan hanya menunggu. Ada amalan yang mula2 perlu dipaksa, dan lama2 ia akan sebati dengan diri kita. Dengan menutup aurat, insyaAllah kita akan menjaga diri dari segala maksiat dan terhindar dari keruntuhan akhlak. InsyaAllah.


Kesimpulannya, campakkan sikap prejudis dan diskriminasi. Keimanan kita hanya Allah yang boleh menilai. Dalam Al-Quran tak suruh gadis bertudung je yang kena jaga diri. Tapi, Allah suruh kita (semua perempuan) supaya tutup aurat dan pelihara maruah diri. Tak semudah petik jari, tapi Allah menilai setiap kebaikan yang kita usahakan. So, apa tunggu lagi?


Ilham dari hati : Kita bertudung tapi kita dah cukup tutup aurat ke? Muhasabah diri sendiri..


Photobucket

May 30, 2011

Renungan awak buat saya gila (^_~)

Assalamualaikum


Orang tua2 pesan, jangan benci sangat nanti esok2 jatuh suka. Budak2 sekarang suka cakap, jangan gaduh2 selalu, nanti lama2 bercinta. Hmm


Mak2 sedara, makcik2 kampung sokmo usik2 aku. Diorang kata aku akan bertemu jodoh dengan orang Kelantan. Sebab, weyhh 5 tahun setengah kot aku stay sini. Jadi, secara teorinya, kemungkinan itu ada betulnya. Tapi, setiap kali kena usik, aku selalu mengelak.


Ishh taknaklah lelaki Kelantan. Bekeng! Pemalas.


Ishh taknak lah kahwin dengan orang Kelantan. Nanti susah nak balik raya.


Lebih dua tahun setengah jugaklah aku beralasan macam tu. Tapi kan, bila difikir-fikir balik, aku takut nak mengelak2 sangat. Takut nanti, yang kita taknak tu yang kita dapat. Last2, kalau diorang mengusik, aku senyum dan diam. Paling2 koman pun, aku gelak sekali kalau dorang gelakkan aku.


Frankly speaking, aku susah nak jatuh cinta. Ececehhh! Haha. Aku boleh je suka kat mana2 lelaki tapi untuk rasa lebih dari tu, aku tak boleh. Apa yang aku perasan, lelaki yang menjadi pilihan aku ( I mean yang cepat tarik perhatian aku) ialah lelaki yang hitam manis. Haha Ijan, kau jangan perasan dik! Or lelaki tu sawo matang. Tak pernah seumur hidup aku minat lelaki jambu. Jambu?? Never!


Aku perasan gak, lelaki yang aku minat semuanya nama diorang ada huruf S dan F. Sama ada ada dua2 huruf atau salah satu. Aku pun pelik dengan kebetulan ni. Padahal, huruf Z ialah huruf favourite aku. Bukannya S dan F. See, apa yang kita tak suka, itu yang kita dapat kan?


Macam tu jugak dengan negeri kelahiran. Abah aku beriya-iya pesan, kalau boleh cari pakwe yang sama bendera (Melaka). Tapi, tak pernah seorang pun lelaki Melaka yang buat aku tertarik. In fact, aku lebih tertarik dengan lelaki Kelantan dan Terengganu. Hmm can you see? Aku punyalah ngelak bertemu jodoh dengan lelaki Pantai Timur, tapi lari jauh2 pun hati aku berkenan dekat spesies ni. Apesal ek?


Okay, lelaki2 tu sekadar menarik minat aku je. Tak lebih dari tu. So, takde masalah pun sebenarnya. Cuma lately, ada someone yang buat aku berbunga-bunga . Kitorang ada beberapa kali terserempak dan bertegur sapa, tapi setakat itu aje. Masa mula2 kenal, dalam hati aku, eh2 suweeeetttnyer mamat ni. Soft spoken and kelakar. Tapi, memang takde langsung rasa nak kenal lebih2. Lama kelamaan, kitorang sering terserempak. Selalu bertegur sapa. Bertukar senyuman dan berbalas jelingan. Haha. Pun aku tak rasa apa2. Tapi, sejak satu peristiwa dekat maktab hari tu, aku asyik teringat dia. Itu perbualan kitorang yang paling panjang. Actually, time tu aku tak rasa apa2 pun, tapi bila dia angkat beg aku masuk dalam kereta, lambai tangan sambil ucap take care, aku terpana. Hmm since tu aku asyik nak senyum aje. Rasa bahagia. Kenapa ek? Aku suka dia ke?




Bila asyik teringat je kan, tiba2 hati aku buat keputusan.


Dia budak Kelantan tau. K-E-L-A-N-T-A-N! Kau boleh ke dengan mat Kelantan?Hati dah suka, nak buat macam mana...:p

Perghh aku pun tak tahu macam mana aku boleh decide macam tu. Hati dah suka, tak kisah dah dia dari mana. Haha

Bukan aku nak sangat bercerita hal2 personal dekat blog, aku cuma nak share rasa hati aku dengan korang. Kadang2 kita ni terlalu membenci sesuatu. Tahap kebencian kita tu sampai nak pandang pun tak sudi. Mulut kita bukan main celupar cakap tak nak, tak akan dan tak mungkin. Tapi, sedar tak kita ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu semuanya di tangan Allah? Allah berkuasa membalik-balikkan hati kita. Hari ini kita benci, esok kita suka. Hari ini kita mahu, esok kita tak mahu.

Jadi, berhati-hatilah. Jangan sampai sudah ludah ke langit, akhirnya terkena batang hidung sendiri. Buat si dia, kalau awak takde niat nak jadi hero saya, tolong jangan dekat dan tegur saya lagi. Renungan awak buat saya gila.Itu sahaja…




Ilham dari hati : Aku tak sabar nak balik maktab sebab nak jumpa dia.



Photobucket

May 24, 2011

Patutnya korang yang jadi cikgu, bukan aku! :p

Assalamualaikum


Bila tengah stress study untuk exam, kepala aku mesti kadang2 nak hanyut sekejap. Teringat zaman sekolah dulu. Dulu, kalau study duduk dekat prep. Ramai kawan. Kalau boring boleh pergi meja Anum dengan Muni ajak borak. Kalau tak faham soalan, boleh cari geng2 genius minta tolong fahamkan. Haha budak2 sungguh.




Sekarang ni, dah besar. Duduk bilik sorang2 sambil study. Kalau tak faham, call member yg boleh terangkan. Tak pun, on chat FB, bincang kat situ. Bila dah penat study, off sekejap bukak blog. Takpun layan maharaja lawak kat youtube. Bila mengantuk nak study, on lagu nak kasi segar. Heh..

Siapa yang sudi layan aku yang bengap ni masa sekolah dulu ek?


1. Rahmah (Medic, Jordan) : Tempat aku tanya soalan add math and physic. Dia fikir kejap, lepas tu terus jawab. Dia classmate aku dari Form 1 sampai Form 3. Upper form, rombak kelas. Dia kelas 5 Ali, aku 5 Umar.


2. Mahfuzah (Darul Quran): Pakar Bahasa Arab Tinggi (BAT). Tulisan jawi dia cantik. Orang pun cantik, macam Fasha Sandha. Huhu tapi ni Fasha Sandha versi tudung labuh. Dia sudi layan aku walaupun setiap kali exam aku tanya topik yang sama. Maklumlah, aku ni lemah daya ingatan.


3. Dila Hamzah (Ekonomi, UIAM) : Tempat aku tanya pasal BAT gak. Aku jeles dengan dia. Kuat tidur dalam kelas BAT tapi still boleh skor. Haha sekarang ni masih merujuk Dila untuk tanya hukum hakam.


4. Marwiyah (KIMIA Analisis Forensik, UiTM): Tempat aku rujuk add math dalam kelas. Buat latihan add math macam buat latihan sambung titik2 je. Dia duduk sebelah aku dalam kelas. Dia taklah ulat buku sangat, tapi result mengancam gak. Apa kes ek??


5. Ainul fathiyah (USIM, BioTech Makanan): Sweet kan nama dia? Orang pun sweet. Aku sangat terhutang budi dengan dia. Dia ajar aku physic dengan biology. Cakap je pukul berapa and nak belajar topic apa. Ala-ala service tuisyen tak berbayar. Sepatutnya, dia yang jadi cikgu, bukan aku.


6. Auni Jalilah (UPM, Sc Major Statistik): Tempat rujukan aku yang pertama dekat meja prep. Sebab kitorang geng bas sekolah. Haha. Bab 1 Add math (function) pun aku tanya dia. Banyak kali pulak tu. Hehehe aku memang anak tiri Mak Add Math.


7. Anis Insyirah (Medic, UK) : Semua subjek dia terror. Tak pernah aku tengok dia stay up kat prep untuk study. Pukul 11.30 semua dorm tutup lampu, dia dah landing siap atas katil. Dia selalu tolong add math aku. Fizik kimia ada gak kadang2..


8. Nurul Farahin (Engineering, UTP): Kitorang belajar add math sama2 masa nak dekat SPM. Dia ajar aku buat graf tuk kertas 2 add math. Aku tak ingat graf apa tapi soalan tu memang wajib keluar dekat kertas 2. Kitorang study dekat prep pagi2 sambil tunggu abang DM panggil minum pagi. Haha rindu pulak kat abang DM yang macam Cat Farish tu.


9. Sufiana (Accountancy, UiTM): Budak comel ni pun ajar aku add math. Sama2 buat latihan dengan Farahin. Upie ni budak akaun, kitorang baik pun sebab dia dormate aku. Alah, kalau kau tak duduk hostel pun takpe Upie ooii. Rumah kau seberang sekolah je kot!


Ini je list nama cikgu2 sandaran aku time kat SMKAKL dulu. Sebenarnya ramai lagi, tapi diorang kat atas ni yang paling kerap aku carik. Jasa baik diorang ni sangatlah besar. Memang keraplah aku ganggu masa study diorang semata-mata nak tanya soalan simple. Simple bagi diorang, bagi aku complicated! Haha




Kami (masa buka puasa tahun lepas)

Eh siapa2 yang aku tak letak nama tu jangan kecik hati tau. Korang masing2 banyak sangat tolong aku kat sekolah dulu. Tolong ngumpat aku (kan, kan??), tolong kejut aku kat surau, tolong copkan tempat kat dewan or DM, tolong jerit nama aku kalau akak aku carik, tolong dengar cerita ngarut aku, tolong tunggu aku habis makan kat DM sebab aku makan lambat, tolong jaga masa masa aku berlatih syarahan dan macam2 lagi. Hahaha

Muni, kau pun banyak tolong aku and Izzah masa forum dulu. Juma, kau pun banyak tolong aku. Shen, kau pun banyak tolong aku, specialy pujuk aku nangis. Tqah and Aan, korang banyak tolong aku siapkan video untuk Malam Lipur Puteri. Wan Hanis, kau dengan Zahidah suka buat aku gelak kan? Anum, kau pun selalu tolong aku tambah dosa kan? Ngumpat macam2 orang. Hahah

Terima kasih banyak sebab banyak tolong aku ye kawan! Aku sayang korang sangat2. Aku doakan korang berjaya capai impian korang. Minta maaf ye kalau ada salah silap dulu..

Ilham dari hati : Aku hanya mampu ucap TERIMA KASIH, dan doakan yang terbaik untuk korang. Aku rindu untuk salam ukhwah dengan korang.

Photobucket

May 23, 2011

Cerpen ~ Ahmad Honey~



Hai. Nama aku Ahmad. Boleh panggil aku Mad. Kalau nak makan penampar, boleh panggil aku Ah. Ada berani?

Aku tak suka cerita kisah hidup aku pada orang lain. Aisya yang beriya-iya suruh aku tulis kisah cinta aku dekat blog dia. Dia kata kisah cinta aku menarik untuk jadi inspirasi. Berkali-kali aku elak, tapi Aisya ni pandai pujuk aku. Biasalah lelaki, pantang perempuan pujuk mesti cair punya. Akhirnya, aku setuju.

Kau rasa apa yang menariknya kisah cinta aku? Hmm.. biar aku berterus terang. Aku ni tak sekacak lelaki yang kau mimpikan. Aku lelaki biasa-biasa. Belajar pun setakat SPM je. Muka aku tak bersih, ada jerawat sebiji dua. Kulit aku gelap, tapi hati putih. Aku tinggi macam model. Badan sedang-sedang. Tak gemuk tak kurus. Sesuai nak jadikan bantal peluk. (tawaran untuk perempuan sahaja)

Tapi, awek aku lawa gila. Cun tahap dewa. Kau pernah tengok Lisa Surihani kan? Kau kenal Fasha Sandha kan? Kau tahu siapa Liyana Jasmay kan? Ya, awek aku adalah gabungan ketiga-tiga artis artis yang aku sebut tadi. Seayu Lisa, menggoda macam Fasha, comel macam Liyana.

Macam yang aku cakap tadi, aku biasa-biasa je. Aku ni mekanik. Harta yang aku ada selain agama dan mak bapak aku ialah motor. Tu pun baru beli dua tahun lepas, cash. (berdehem). Aku duduk dekat Masjid Tanah. Kerja-kerja kampung ni dah jadi rutin aku. Rasanya lembu, kerbau dan kambing dekat kampung ni semuanya kenal aku. Harap-harap diorang kenal aku sebab keprihatinan aku dekat diorang lah. Dan bukan sebab muka aku yang lebih kurang macam diorang. (mengeluh)

Tapi, awek aku anak orang kaya. Kategori kaya lah kan kalau dalam akaun ASB dia ada 200k. Paling busuk pun dividen dengan bonus tahunan dia dapat 12k. Akaun ASB mak apak dia mestilah lagi banyak. Tapi aku tak pernah tanya sampai ke situ. Aku bukan kejar harta mak apak dia. (berdehem)

Awek aku belajar dekat New Zealand. Tahun depan dia habis belajar. Bolehlah kahwin. (sengih).

Baik, cukup setakat tu tentang aku dan awek aku, Honey Kaisara. Apa yang kau boleh jadikan inspirasi melalui cerita aku?

Mula-mula aku jumpa Honey Kaisara dekat 7-E Masjid Tanah. Dia beli slurpee. Dengan baby T warna hitam, jeans biru dan jam Baby G, dia nampak comel sangat. Tapi, aku terkedu sebab aku tengok dia masuk kereta Swift. (mengeluh) Anak orang kaya, mana nak dekat aku. Lawa pula tu. Aku pandang je kereta dia berlalu sambil doa dalam hati nak jumpa dia lagi.

Esoknya, aku nampak Swift dia parking dekat CIMB Masjid Tanah. Terbeliak mata aku tengok dia. Dia pakai baju kurung warna merah jambu. Ye, dia nampak sangat jambu. Aku rasa nak bawa dia jumpa mak aku masa tu juga. Tapi, aku sedar aku siapa. Aku miskin, dia kaya. Aku tak tampan, dia menawan.

Tiba-tiba, datang Leman sewel kacau Honey. Leman sengih-sengih gatal dekat Honey. Aku nampak muka Honey berubah. Dahi berkerut,tapi masih nampak comel. Leman sewel memang suka kacau perempuan. Walaupun sewel, tapi high taste jugak. Kacau anak dara yang comel je. Mak-mak dara tak kacau. Leman sewel ni kalau sengih boleh buat orang muntah. Gigi rongak mulut busuk. Ada hati nak cium anak dara orang.

Hah?? Cium? Leman sewel suka cium anak dara orang!

Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

“Leman, aku ada duit”

Ya, suara jantan aku kuat betul sampai situasi kat situ macam kena ‘pause’.

Fuhh. Nasib baik Leman sewel tak sempat muncungkan mulut kat awek aku. Ehem bakal awek aku. Ehem.. (apa yang kita cakap, semuanya doa)

“Nah, RM5. Pergi makan KFC.”

Leman sewel sengih-sengih. Nampak duit, terus lupa nak cium Honey. Kan aku dah cakap Leman ni high taste. Mata duitan. Leman sewel tolak bahu aku dan terus blah. Tolak bahu tu maksudnya ‘kawan’. ‘Kawan’ bagi Leman, ‘terima kasih’.

Aku kembali pandang Honey. Masa, tolonglah berhenti berputar. (istilah sesuai untuk masa, berputar atau bergerak? Atau aku patut guna perkataan berlalu?)

Honey ucap terima kasih dekat aku. Dia pegang lengan sasa aku kuat-kuat sambil ulang ucapan terima kasih. Dia berbudi bahasa. Ya, dia berbahasa lepas aku berbudi pada dia. Aku terkedu. Apa yang Honey cakap aku memang tak dengar. Sebabnya, aku khusyuk tengok dia. Memang cantik sangatlah. Aku baru nak buka mulut tanya dia pakai kosmetik apa boleh dapat muka cantik macam tu, Honey tiba-tiba hulur duit dekat aku. Gurlp.

Aku ambil duit tu. Pandang duit tu lama-lama. Bila angkat kepala, Honey dah tak ada. Hmm.. (mengeluh sambil geleng kepala).

Seminggu lepas tu, Honey datang bengkel aku. Dia cari aku dekat bengkel. (berdehem) Sebenarnya, dia teman kawan dia ambil kereta kat bengkel aku. (bengkel tempat aku kerja, bukan bengkel aku) Aku senyum pandang dia. Dia senyum pandang aku. Lepas tu, aku dengar lagu Hindustan. Eh tak, aku dengar dia panggil aku. Aku ada nama baru. Nama baru yang dia bagi. Nama baru aku, “awak”. (sengih)

Dia duduk sebelah aku. Rapat sangat dengan aku. Aku cuba kembangkan hidung nak hidu bau badan sendiri. Segan pulak kalau dia tahu aku busuk. Yelah, aku mekanik kampung je. Tak wangi-wangi macam dia. Tapi, tengok dia selamba je, maknanya aku tak busuk lah kan? (ketawa bangga)

Aku dan dia berborak-borak. Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dia senyum, aku senyum. Dia ketawa, aku senyum bahagia. Dia ketawa comel, sebab tu aku senyum bahagia. Dia ajak aku makan. Dia nak belanja, nak balas budi sebab tolong dia dari ciuman Leman sewel. Aku senyum. Aku keluarkan duit hari tu dari poket. Sumpah. Aku tak sanggup nak guna not RM100 yang dia bagi tu. Sayang. Walaupun aku miskin, tapi aku tak terdesak. Aku nak pulangkan duit tu. Aku tolong ikhlas. Ikhlas nak tolong dia. Tolong dia bukan sebab dia cantik. Tapi mak aku ajar buat baik.

Dia senyum. Aku rasa nak pengsan. Dia asyik senyum je. Buat aku nak gila. Dia minta handphone aku. Aku keluarkan handphone cabuk aku. Dia dail nombor. Lepas buat signal tangan dekat telinga, dia senyum dan blah. Aku terkedu. Dia suruh aku call dia.

Dia bagi nombor. Dia suruh aku call dia. Ohh bahagianya…

Sejak itu, aku dan Honey jadi kawan. Aku suka dia sebab dia tak kisah aku siapa. Dia tak kisah minum teh tarik dan makan roti canai dekat mamak. Dia tak kisah lepak dekat bengkel aku. Dia tak kisah ikut aku jaga lembu kambing. Dia tak kisah aku tarik dia masuk sawah. Dia tak kisah makan sambal belacan dengan mak aku. Dia tak kisah tolong mak aku siang ayam.

Honey tak kisah. Mak aku suka dia. Abah aku suka dia. Aku suka dia.

Beberapa bulan kemudian, Honey call aku pukul 2 pagi. Menangis. Teresak-esak dia menangis. Dia cakap, dia kena pergi New Zealand. Sambung belajar. Aku ketawa. Dia menangis sebab gembira rupanya.

“ Saya sayang awak. Saya nak sentiasa dekat dengan awak.”

Aku berhenti ketawa. Apa? Honey sayang aku? Nak sentiasa dekat dengan aku?

“Tolong pujuk papa. Janji dengan papa awak akan jaga saya”

Gurlp. Apa ni main papa-papa pulak.

Honey diam. Aku pun diam.

“Takpelah. Honey tahu Ahmad anggap Honey macam adik je. Kita lupakan apa yang Honey cakap tadi, ye”

Eh eh nanti! Itu suara hati aku. Lama kami diam, barulah aku bersuara.

“Ahmad pun sayang Honey. Honey pergilah belajar sana. Ahmad tunggu sampai Honey habis belajar. Ahmad janji”

Aku dengar dia menangis lagi. Sebak hati aku dengar bakal isteri aku (yakin) menangis.
Tersekat-sekat dia bersuara.

“Ahmad jangan lupa Honey. Honey mesti rindu Ahmad”

Aku senyum. Air mata bergenang. Alamak, macam mana nak cover suara ni.

“Ahmad takkan lupa Honey. Lagipun, takde siapa nak dekat Ahmad kecuali Honey sorang”

Dia ketawa manja. Lega. Aku senyum. Air mata aku pula yang jatuh.

Sebelum Honey berangkat ke new Zealand, kami ikat tali pertunangan. Masa majlis tu, dato’ datin yang hadir pandang aku semacam. Dalam kepala diorang mungkin ada ayat macam ni :

“Kenapalah Honey pilih budak ni? Anak I jauh lagi bagus”

“Mesti budak miskin ni dah bomohkan Honey”

“Mekanik je?? Nak bagi Honey makan apa?”

Aku malu. Aku malu dengan diri sendiri. Aku rasa rendah diri. Aku sedih tengok mak aku. Semua orang pandang mak. Mak takde barang kemas macam datin-datin tu. Tapi, aku tengok mak cool je. Mak buat muka selamba.

Papa Honey merestui hubungan kami. Memang mulanya aku terkejut. Macam nampak mudah sangat cerita cinta kami. Bukan sepatutnya, aku aku akan ditengking dimaki dihamun oleh keluarga Honey ke? Bukan sepatutnya akan bangkit soal darjat dan status ke? Bukan dalam cerita Melayu, Honey kena ajak aku kahwin lari? Lepas tu, kitorang dah beranak pinak baru jumpa balik keluarga Honey. Bukan selalunya macam tu ke?

Tidak. Masih ada Melayu yang rendah diri. Macam Honey. Papa Honey pun dulu miskin macam aku. Mama Honey dulu cantik dan merendah diri macam Honey. Mereka jatuh cinta. Cinta dua darjat mereka tak dihalang keluarga. Jadi, secara adatnya, mereka juga tidak menghalang cinta aku dan Honey. Alhamdulillah.

Kau tahu kenapa cerita aku perlu jadi motivasi? Sebab, kawan-kawan aku tak percaya aku boleh dapat Honey. Aku bukan siapa-siapa kan? Dan aku tak gunakan khidmat tok bomoh untuk pikat Honey. Kenapa Honey pilih aku? Ramai lagi jejaka kacak yang kaya dan bijak yang lagi pantas untuk Honey. Tapi, kenapa aku yang mesti jadi pilihan Honey?
Jawapan Honey:

1. Ahmad tak pernah marah Honey.
2. Ahmad tak pernah kecewakan Honey.
3. Ahmad jujur.
4. Ahmad sederhana.
5. Ahmad selalu buat Honey senyum.
6. Ahmad tak pernah minta/pakai duit Honey. Sebab tu kita selalu makan di mamak sebab hanya setakat tu kemampuan Ahmad.
7. Ahmad suka bukakan pintu kereta untuk Honey.
8. Ahmad akan tarikkan kerusi untuk Honey duduk.
9. Ahmad akan pujuk kalau Honey sedih.
10. Ahmad tak pernah tak boleh tolong Honey.
11. Ahmad selalu ada bila Honey perlu Ahmad.
12. Ahmad tak pernah sentuh Honey.
13. Ahmad baik hati.
14. Ahmad suka jadi diri sendiri.
15. Ahmad tak pandai menipu.
16. Ahmad berani dan sanggup buat apa sahaja untuk Honey.
17. Ahmad pandai ambil hati Honey.
18. Ahmad tak pernah paksa Honey ikut cakap Ahmad.
19. Ahmad pemalu.
20. Ahmad boleh jadi imam solat berjemaah.


Sebenarnya, semua tu hanyalah sampingan. Sebab utama Honey pilih Ahmad ialah:

Honey sayangkan Ahmad. Sayang sangat. Sangat-sangat sayang…
Ahmad lelaki paling hebat.

Apa yang hebatnya aku? Aku tak pernah cuba menjadi luar biasa untuk pikat Honey. Malah, aku tak pernah bermimpi dapat memiliki Honey. Aku jadi diri sendiri. Aku percaya dengan kelebihan aku. Dan aku tak malu mengaku kelemahan aku.

Aku tak rasa aku perlu ego. Honey tak pernah merendah atau memperbodohkan aku. Honey buat aku rasa pandai dan bijak sentiasa. Dia menghargai setiap pandangan aku. Dan sebab itu, aku rasa dihargai. Aku cuba belajar demi perhubungan kami. Honey tak paksa. Tapi, niat tu datang secara semula jadi. Untuk kebaikan kami.

Aku tak pandai jiwang-jiwang dengan Honey. Aku tak pernah bagi kad pada Honey. Aku tak banyak duit nak bagi bunga pada Honey. Tapi, Honey tetap sayang aku. Kenapa? Sebab aku jadi diri aku sendiri. Aku tunjukkan kasih sayang aku dengan perhatian aku. Aku sentiasa ada setiap kali Honey perlukan aku. Aku bersikap adil pada Honey. Aku tak pentingkan bola, atau kawan-kawan aku kalau masa itu memang sepatutnya waktu aku menemani Honey.

Aku hanya jadi diri aku sendiri. Aku hanya jadi baik. Bukan sebab Honey tapi sebab Allah memang suruh kita buat baik dengan semua orang.

Aku tak pernah marah Honey kalau dia merajuk. Itu sifat budak-budak macam Honey. Aku tak pernah pinjam duit dia, walaupun dia banyak kali nak bagi. Bukan aku ego, tapi aku tak perlukan duit yang banyak. Rezeki aku cukup. Berkat. Aku takkan meminta-minta tapi aku akan cuba memberi. Aku tak akan ambil kesempatan ke atas Honey. Aku menghormati Honey. Sebagaimana dia menghormati kehidupan orang miskin macam aku.

Aku tak pernah berlagak gagah perkasa dan konon berani mengharungi segalanya untuk dia. Aku takut untuk berjanji. Takut kalau tak mampu tepati janji. Aku takut mengkhianati janji. Apa yang aku mampu, aku lakukan. Aku hanya mencuba sedaya yang aku mampu. Aku cuba dan terus mencuba.

Jadi, kau sebagai lelaki hanya perlu jadi diri sendiri. Mula-mula masa nak memikat kau mungkin sanggup lakukan apa sahaja, tapi bila dah dapat? Aku tak rasa kau boleh bertahan. Kau akan kembali ke kehidupan lama kau. Dan, si dia mesti akan kecewa sebab kau tak seperti yang diharapkan.

Kau harus percaya dengan kelebihan diri kau. Jangan malu untuk akui kelemahan dan sentiasalah membaiki diri. Kau mahu yang terbaik bukan? Kau harus mencuba jadi yang terbaik dulu.

Chow!

~Ahmad~



Photobucket

May 4, 2011

apa yang budak 14 tahun faham tentang cinta?

Assalamualaikum to all my readers!



Wahhh aku rasa terharu bila buka blog ni. Terharu sebab Zamir cakap dia tertunggu-tunggu aku tulis entry baru. Dan Abez pulak suruh aku menulis lagi, sebab dia suka baca. Sobs sobs terharu sampai meleleh hingus ni! Haha poyo jek.. Ehemm korang ikhlas ke cakap camtu? Haha nway big hug and thanks for those yang sudi baca blog misz aisya ni. Blog yang biasa2 tapi insyaAllah setiap entry aku akan berikan 'sesuatu'.

Baiklah kawan2, hari ini aku masih nak bercerita tentang CINTA. Tapi, sebelum tu, aku nak bagitahu yang ini adalah 100% pendapat aku dan kalau you all rasa tak setuju, boleh tulis kat ruangan komen di bawah. Okay??


Minggu lepas, aku baca mesej dalam inbox handphone W, 14 tahun. OPss nanti dulu, janganlah marah aku sebab aku baca mesej dia... W ni lagi suka baca mesej aku macam hp aku dia yang punya! Dan apa hubungan aku dengan W, rasanya korang tak perlu tahu.


Alkisahnya, aku meluat sebab handphone yang dia pakai sekarang ni khabarnya adalah handphone awek dia. (Erkk kau bajet romantik lah nak tukar2 barang ngan awek kau??!) So, aku pun bacalah mesej awek W ni satu persatu. Masa tu, W tengah makan and he's mom ada kat sebelah.


Terus terang aku cakap, aku rasa MELUAT, MENYAMPAH, dan nak TERMUNTAH bila baca mesej yang girl tu bagi.


Antara yang aku ingat;


"By, u adew kredit tak?"
Perghhh kau ingat kau hot ke bila guna bahasa eww ewww ni beb?! Haha


"By, u dekat manew? Kenapa tak reply mesej i?"
Hek elehhh suka hati dia lah nak reply mesej kau ke tidak! Kau sibuk pesal??


yang buat aku meluat;


"By, i miss u damn much!"
Erkk baru beberapa hari kot tak jumpa..ngok!


yang paling tak boleh blah;


" By, sejahat mana pun u, i tetap sayang dekat u....bla..bla..bla..."
Arghhh poyo nye kau!!


Nop! seriously aku sangat tak faham dengan budak2 sekolah zaman sekarang yang kononnya faham sangat dengan erti cinta. Dik, kau sekolah lagi kot. Lepas baca mesej tu, aku terus sound W;


"Spender kau pun ibu beli, ada hati nak couple2!"


" Mesej ibu takde pulak kau simpan, mesej awek kau berlambak2 dalam inbox"


Aku tahu, cinta tu fitrah. Dan semua orang dianugerahkan dengan perasaan suci tu. Tapi, aku nak tanyalah kan, kau sure ke dalam usia macam tu perasaan yang diorang rasa tu adalah true love???


Okay adik2, korang kena tahu beza SUKA, SAYANG, dan CINTA. Kalau kau terpandang seseorang dan terdetik satu perasaan aneh, itu belum boleh dikatakan cinta. Itu hanyalah perasaan tertarik dan suka. Sebab, actually kejadian jatuh cinta pandang pertama tu tak wujud. dan kita sebenarnya takkan sedar bila masanya kita jatuh cinta.
Dan lagi satu dik ooiii, dalam usia 14 tahun tu, akak rasa terlalu awal (tak patut sebenarnya) untuk adik luahkan kata2 manis (kurang manis sebenarnya) macam tu. Lelaki tu tak berhak pun untuk dapat semua tu. Dan, sikap adik yang merayu2 bersungguh-sungguh hanya akan buat lelaki bertambah ego dan mudah ambil kesempatan. Hakikatnya, perempuan will do anything atas alasan SAYANG dan CINTA. Tak percaya?? Selak surat khabar dan buat graf bertajuk, "Gadis Lari Rumah/Lari ke Lombok".

Cop, akak nak tanya, adik rasa adik akan kekal tak dengan W tu? I mean, still bersama sampai habis belajar, sampai masing2 dah kerja dan sampailah ke jinjang pelamin? Agak2 sempat tak merasa semua tu? (Maaflah, tapi akak and W's parents tak berkenan lah dengan adik..hehe so tak berapa nak restu lah..) Kalau diri sendiri tak yakin, kenapa mesti nak couple jugak??

Adik, W tu budak lagi. Entah2 belum mimpi 18sx pon lagi. (erkk tapi suara dah pecah). Akak yakin sangat2, W belum faham sepenuhnya tentang cinta. Tak perlulah nak berharap apa2 dekat dia. Kalau setakat cakap I love you, i miss you, budak pra sekolah pun boleh cakap 100 kali. Tapi, makna di sebalik ungkapan tu, siapa yang boleh betul2 tafsirkan??

Adik, tak perlulah melebih2 ungkapkan cinta. Adik tu perempuan, baru 14 tahun. Proses tumbesaran pun masih berjalan. Buang masa je.. Tunggulah dah habis sekolah nanti, adik nak couple dengan siapa2 pun akak tak kisah. (kecuali dengan W ye..sebab kami rasa adik ni gedik).

Akak rasa, kalau adik jual mahal dan tak nampak terhegeh-hegeh sangat mesti saham adik naik. So, kalau adik rasa diri tu bijak and dah cukup matang, fikir2 lah dengan apa yang akak tulis ni. Hahaha

Tengs for reading, sorry for everthing :-)



Ilham dari hati : I heart my parents more than anything else :-)

Photobucket

May 3, 2011

nikmat cinta selepas kahwin~


Assalamualaikum


Setelah sekian lama aku tak berblogging, tup2 nak tulis entry pasal kahwin. Nampak benor gatai nyer..haha wutever!







Orait, hari Jumaat lepas, 29 April, cousin aku yang paling rapat dah pun menamatkan zaman bujang pada usia 22 tahun. Wahh kepak kepong kepak kepong (bunyi kompang).. tahniah lah ye.. Aku sangat kagum dengan keberanian dia berkahwin di usia muda. I am happy for her.. tapi entah kenapa, masa dia berarak and bersanding, aku rasa sebak sangat.. Aku rasa kehilangan.. sobs sobs~~


Dalam kemeriahan majlis, sempat jugak kepala otak aku menerawang. Masa Fairuz (my cousin) berpimpin tangan dengan suami dia, aku terfikir sesuatu..

Memang nikmat kan cinta yang dibina selepas berkahwin. Bayangkan, perasaan teruja and gembira tu mesti tak tergambar dengan kata2. Beza sangat kalau kita dah couple bertahun-tahun, dah selalu berpegang tangan, dah biasa berpelukan, dah biasa sangat berdua-duaan bermesra-mesraan, mesti masa kita salam suami kita time lepas akad nikah tu, takdelah rasa lain sangat. Sebab?? Dah biasa salam tangan dia after dating. Kan??

Masa suami sarung cincin ke jari, taklah takut sangat sebab dah banyak kali dia genggam tangan kita masa dating dulu. ye kan?

Sangat berbeza kalau kita tak pernah bersentuhan dan bermesraan dengan bakal suami kita sebelum ada ikatan yang sah. Saat dia sarung cincin tu, sejuknya tangan sampai menggigil-gigil sebab itulah kali pertama tangan kita disentuh lelaki ajnabi. Saat kita salam dan cium tangan dia, terasa nikmatnya sebab kita berjaya menyelamatkan maruah kita dari disentuh sewenang-wenangnya lelaki ajnabi.

Sweet kan kalau dah jadi suami isteri tapi masih malu2.. Tapi, kalau masa couple dulu dah biasa sangat bertandang ke rumah bakal isteri/suami, rasa macam biasa aje... Dah tahu dah laluan nak pergi toilet, nak pergi stor and dah tahu dah bilik si dia yang mana satu, (malah dah pernah pun baring kat katil si dia..ewww) dah tak sweet lah macam tu. Takde beza pun before and after kahwin, kan??


with kak aizu (tunang orang nieh)..



with lia.. belasah je bergambar atas pelamin..


Ya, aku takkan salahkan korang yang sedang dilamun cinta. Aku tak jeles pun! (okay aku tipu) cuma, harap2 korang pandailah jaga diri. Janganlah bertindak keterlaluan sampai menggadai maruah and memalukan keluarga. Ingat, zaman sekarang lelaki suka jadi buaya!

Sejujurnya, aku mengimpikan sebuah cinta selepas kahwin. Cinta yang direstui keluarga aku dan diberkati Allah swt. Amin~~



Ilham dari hati : Only God knows how much I love you~

Photobucket

Mar 22, 2011

Betapa susahnya menjadi cikgu..


Assalamualaikum (^_^)

love this baju kurung...


Yeahh hari ni my second day tuk PBS. Dan, aku kena relief 4 kelas hari ni. Ngeh~~

Korang boleh bayangkan tak, waktu hujan dan suasana sekolah bising, aku pulak kena mengajar PJ dekat dewan. Terbatuk-batuk aku sebab asyik menjerit. Yelah, budak asyik tak dengar je.. Adohyaii..



pagi2 PK HEM dah bagi slip relief class


Lepas tu, rileks kejap sebelum masuk kelas 5 Amanah. Yup! Diorang memang superb! Sangat respect aku, bijak dan cepat pickup. Aku decided tuk buat kuiz untuk diorang. Budak pandai kan, suka lah kuiz2 ni.. Huhu



Korang memang good girl!

Lepas tu, masuk kelas 4 Jujur. Sangat mencabar kesabaran aku beb.. Bising yang amat. Sah, aku dah fail bab class management. Dahlah aku kena relief kelas agama. Nasib baik aku budak sekolah agama, so tulisan jawi and tajwid ni memang dah pro kot. Haha bajet giler dowh!

Habis kelas agama, ke kelas 4 Amanah pula untuk kelas Bahasa Arab. Perghh budak sekolah rendah sekarang belajar bahasa arab kau! Aku dulu takde pun. Diorang sekarang ada subjek agama, J-Qaf and bahasa Arab. Hurmm korang rasa berkesan ke tak semua tu dalam diri murid2??

Seronok mengajar budak2 4 Amanah ni. Dengar cakap.. kita tegur sekali, diorang dah faham dan hormat. Aku ajar diorang bahasa Arab. Alahh yang basic2 je.. Macam ayat perbualan harian, anggota badan, nama tempat and peralatan kelas. (Okay aku nak bangga sikit sebab aku still boleh berbahasa Arab. Hahaha)


hari ni sarung cincin rama2..



Orait, itu sahaja cerita hari ini. Penat turun naik tangga, sakit tekak menjerit bagi arahan, buat aku semakin faham tanggungjawab sebagai cikgu. Bukan senang nak memanusiakan manusia.

Sekian, tengs for reading this entry.. Love you guys!




Ilham dari hati : Jangan pernah lupa untuk ucapkan terima kasih cikgu...

Photobucket

Mar 21, 2011

cikgu, jip tu apa??


Assalamualaikum (^_^)

walaupun picture ni blur, tapi aku suka..



Hari ini first day aku jalani PBS. Owhh lupa, korang mesti tak tahu kan PBS tu apa.. okay2 takpe meh sini aku terangkan sikit..

PBS merupakan akronim kepada Pengalaman Berasaskan Sekolah. Program ni perlu djalani oleh guru pelatih PISMP Semester 1,2,3 dan 4. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru pelatih berkenaan pengurusan dan pentadbiran sekolah selain mendapat gambaran awal sesi P&P di sekolah.

Erkk giler skema ayat aku kan? hahaha


pra sekolah


Alhamdulillah, sempoi je sekolah ni. Taklah strict sangat pasal pakaian. Maka, aku nak pakai kasut biasa je esok. Malas nak pakai high heel. Penat kaki aku.. adehh..


wearing this today ..


Tadi ada relief kelas 1 Dedikasi. Wahh sangat seronok hokey!! They all respect me and treat me as their own teacher. (pehal aku speaking ni??)



bergambar kenang-kenangan after class

Sebelum ni, aku buat PBS dekat sekolah kampung, murid2 excited jumpa cikgu baru so diorang treat kita macam akak2 diorang je. Macam2 yang diorang tanya termasuklah hal peribadi. Tapi, budak2 bandar ni lain. Diorang cool, sweet and relax. Seriously aku seronok mengajar diorang tadi..siap main lukis2 lagi.hahaha

(Takde niat nak burukkan budak kampung, cuma nak tunjuk perbezaan)

Opss yang tak best nyer, ada cikgu nak rapat2 lah.. adoii lemah aku! Sudahnya, kalau terserempak dengan dia, aku buat tak tahu. Sori ye..kontroversi nanti siapa nak jawab??


Sekian, tengs for reading this entry..wassalam..(^_~)



Ilham dari hati : Penat balik sekolah tapi sempat menapak ke Jalan TAR tadi. hehehe

Mar 17, 2011

Jangan jadi bodoh!


Assalamualaikum

Baru lepas baca blog Dunia Sebelah Zara . Alkisahnya masih ada manusia yang sanggup bunuh diri kalau tak dapat bersama orang yang dicinta. Tolonglah jangan jadi bodoh!


Ada orang terpaksa berhempas pulas mencari derma sebab nak biaya kos operate penyakit barah otak demi kelangsungan hidup.


Ada orang sedaya upaya memohon agar ada manusia dapat mendermakan jantung atau buah pinggang sebab nak terus merasai kehidupan dunia.

Ada orang sanggup menyelongkar tong sampah untuk cari sisa makanan yang boleh dimakan demi meneruskan hidup.

Ada orang menadah tangan untuk menampung titisan hujan di tapak tangan agar tekak boleh dibasahkan.

Ramai orang selalu merintih dan memohon kepada Allah agar dipanjangkan usia supaya dapat terus beribadah kepada-Nya.


Tapi kau?? Senang2 nak bunuh diri? Memang bodoh. Siapa kau nak tarik nyawa sesuka hati? Bukan ke semua yang kita ada ni hanya pinjaman dari Allah termasuklah nyawa kita sendiri. Dah tahu kita ni hanya meminjam, buatlah cara meminjam. Jaga betul2, hargai betul2. Kau apesal bodoh sangat tak boleh fikir macam tu?

Nyawa itu bukan seperti duit yang boleh ditukar nilainya mengikut negara. Nyawa bukan seperti duit yang boleh dicari jika hilang atau dicuri. Tapi, nyawa itu hak mutlak Allah. Selagi kita berpeluang merasai nikmat bernyawa, gunakanlah kesempatan yang ada.

Jangan jadi bodoh sebab cinta manusia!


So, kalau ada sesiapa yang terasa pernah terfikir nak bunuh diri sebab terlampau kecewa, istighfar lah cepat2. Nanti tak pasal2, elok ada peluang nak masuk syurga, alih2 ke neraka pulak akhirnya. Nauzubillah...

Sekian, wassalam... papai semua!



Ilham dari hati : Aku pun pernah frust jugak tapi takdelah sampai nak bunuh diri.

Photobucket

Mar 14, 2011

Cakap jelah kau suka dia, apa susah??

Assalamualaikum (^_^)Pernah jatuh cinta dengan kawan sendiri? Hati tergerak nak mengaku tapi takut kena reject? Takut persahabatan tu akan terjejas lepas sesi luahan perasaan?? Hurmm..





Kau pernah dengar perkataan 'berani' dan 'risiko'? Kau nak luahkan perasaan pada si dia, yang penting kau kena BERANI. Berani untuk berdepan dengan si dia dan beritahu isi hati kau, juga berani ambil risiko sama ada diterima atau direject. (hahaha dan sanggup ambil risiko kena gelak dengan member2 kalau kena reject. Boooooooouu)

Bagi aku, kalau kau suka si dia (kawan baik kau sendiri), dan si dia pun belum berpunya, tak salah untuk kau luahkan perasaan kau. Mana tahu si dia pun ada perasaan yang sama, cuma tak berani je..


Aku tahu, kau takut nak luahkan sebab malu kalau kena reject kan? Cop2!!! Peduli apa dia nak reject kau? Si dia bukan tak boleh terima kau atas kekurangan kau, dia cuma tak boleh terima kau sebab kau adalah kawan baik dia. Yelah, selama ni dia ber-kau aku dengan kau, bila dah couple nak panggil sayang-abang pulak.. transformasi macam tu ambil masa kot. (^_~)

Atau kau taknak luahkan sebab takut menjejaskan persahabatan korang?? Please lah weyh!! Aku tak faham kenapa mesti wujud alasan jejaskan persahabatan ni. Berdosa ke kalau kau jatuh cinta dengan kawan sendiri? Kau tak sengaja kot..Dan kau cuma nak lanjutkan persahabatan tu ke satu tahap yang lebih..hurmm lebih halal dan menarik..hahahah


Hurm, sebenarnya alasan2 ni wujud sebab kau TAKUT dan tak berani ambil RISIKO. Itu sahaja. Aku ada cadangan kalau kau nak luahkan perasaan.

  • Cakap dengan dia, korang perlu jumpa untuk berbincang sesuatu. Cakap dekat phone pon boleh..
  • Sebelum sesi luahan perasaan, set kan dalam hati dan minda korang, walau apa pun yang terjadi, kau akan tetap tabah dan kuat. Chewah!!
  • Minta si dia dengar dan terima kata2 kau dengan hati terbuka, selain tidak beremosi.
  • Luahkan perasaan dengan ayat yang ringkas, jelas tetapi padat.
  • Tutup ayat luahan perasaan kau dengan menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan si dia selain menyatakan keinginan kau untuk teruskan persahabatan korang.
  • Senyum dan melompat kegembiraan kalau dia positif.
  • Senyum dan ajak dia lepak mamak kalau jawapannya negatif.

Kalau betul kau sayangkan dia, siapa sahaja yang ditakdirkan untuk dia, haruslah menjadi kebahagiaan kau juga. Ya, akan wujud rasa terkilan sebab orang yang paling rapat dan paling kau sayang akan jadi milik orang lain, tapi nak buat macam mana kan? Kau dan si dia hanya ditakdirkan sebagai kawan. Bukannya sebagai laki dan bini.


Macam mana kalau kau di pihak yang nak mereject? (ishh macam hina sangat la pulak perkataan mereject ni..hmm abis tu nak guna perkataan apa??) Okay, kita gantikan perkataan mereject dengan perkataan menolak, boleh?
Caranya;


  • Dengar apa yang diucapkan dengan sabar dan tenang. Opss please jangan menyampuk ye!
  • Buat muka cool, sweet dan comel (untuk kurangkan nervous si dia).

  • Gunakan ayat ni sebagai mukadimah :

    " Kenapa aku tak pernah sedar/tahu semua ni dari awal?" (Ayat ni dah bagi hint jawapan kau sebenarnya.)
  • Make sure gunakan perkataan maaf sebelum bagi kenyataan menolak.
  • Bagitahu si dia kau anggap dia hanya sebagai kawan dan tak lebih dari itu.

  • Terus terang jika dalam hati kau ada orang lain.

  • Walaupun korang kawan baik, tapi kau tak ada hak untuk halang perasaan dia pada kau. Biarkan dia terus mencintai kau selama mana yang dia mahu selagi tak mengganggu keamanan hidup kau.

  • Tutup ayat kau dengan ungkapan maaf sekali lagi dan katakan bahawa dia kawan terbaik dan kau mahu persahabatan itu kekal selamanya.

Ingat! Cinta tak semestinya bersatu. Allah dah tentukan jodoh terbaik untuk kita dan tak perlulah kita terlalu kecewa kalau hilang cinta manusia.
So kau tunggu apa lagi?? Kalau betul suka dekat dia, cakap jelah suka. Apa susah??? Hahahaha good luck ye! (^_~)



Ilham dari hati : Eh2, apehal aku tulis entry ni ye?? Musykil la pulak..ngeh~~

Mar 5, 2011

jelesnyer sebab header diorang lawa!!

Assalamualaikum (^_~)

Holla peeps! How are you today?? Ececehhh bajet anwar hadi pulak!

Orait2..mood untuk berblogging tiba2 muncul dalam diri aku. (maybe sebab dah puas tidur after kepenatan bergotong royong)..So, entry kali ni aku nak share dengan you olss beberapa header yang pada pendapat aku so cute, smart and stylo plus wow!


Before that, aku nak minta maaf sangat dekat tuan punya blog if aku copy header ni tanpa kebenaran. Aku copy header2 ni masa broadband aku ni ngah wat perarakan siput babi kan, so memang lembab nak mampos lah..Aku tak leh nak drop komen kat blog tu sebab loading lama giler..kebetulan aku tengah rushing nak siapkan esaimen..Oleh itu, aku ambil keputusan untuk copy header mereka tanpa drop any comment..so sorry yah...

Baiklah..tanpa membuang masa lagi, mari kita saksikan header siapa yang kena!!




Suka picture FL pegang payung tuh!! Cantik kan?! Yelah, blog famous header mesti gojes..Okay, header ni aku bagi 10/10..boleh??


http://faziera193.blogspot.com/

Header atas dan bawah dari tuan punya blog yang sama..Yang latest, kat atas tu lah..tapi, aku letak jugak header lama ni sebab aku rasa header ni cute!...perfect 10 LOL!



http://masluvnerul.blogspot.com/

Comel tak comel tak?? hehe 9/10 tuk header Kak mas ni..Memang sesuai lah header kartun style kanak2 sebab Kak mas ni bakal cikgu..haruslah ceria sokmo!



http://andyhowtt.com/

9/10. Hoyehh fall in love dengan rumput hijau tu and that sweet butterfly. Perasan tak, tagline kitorang lebih kurang?? (HOT and COOL) Seriously, aku tak tiru Andy sebab masa jumpa blog dia aku dah pun guna ayat ni kat profil aku..harap Andy faham ye..:p



http://eyla-comtesse.blogspot.com/

first time aku jumpa blog ni, dalam hati aku, alahaii sweet nyer...huhu 9/10 for this header. Owhh aku dah baca latest entry blog cik zainatun ni pasal Chris Medina. Seriously sedih lah beb!! Nak tau apa cerita, singgahlah blog ini yah..


http://shafaza-zara.blogspot.com/

Hurm much more better dari header yang dulu. Simple but nice kan?? Aku bagi 9/10. Kalau Kak Zara put her picture on this header, sure aku bagi perfect ten! (^_~)

shazwani hamid's blog

Bagi korang, header ni mungkin biasa je..tapi bagi aku, header ni simple but smart. Sekali pandang kita dah tahu blog dia pasal apa..Seriously blog dia best terutama untuk girls yang suka fesyen. Aku bagi 8/10 :p



Amacam, lawa tak header diorang?? Maybe banyak lagi header2 yang lawa tapi aku letak header mereka2 yang aku follow jelah..Lagipun, tak laratlah nak letak banyak2..Owhh lagi satu, rating yang aku bagi tu atas pendapat peribadi ye...sekadar suka2..at least, dorang ada header yang lawa, aku?? nan ado!! hahaha


till then, tengs for reading this entry.

take care coz i always care..

salam sayang..papaiii (^_~)



Ilham dari hati : Bila nak dapat header lawa ni?? hehehe

Feb 25, 2011

hargai pemberian yang tersayang...(^_^)

Assalamualaikum (^_^)

Hye awak2 yang saya sayang!
Korang ingat lagi tak entry yang pasal surat untuk Juma tu? Okay, Juma ada buat entry reply untuk aku..(hahaha macam berbalas surat plak kiter ni Juma oii..soooo tradisional!)
Entry tu panjang..dan aku mengaku aku baca secara mekanis.(check buku kalau nak tahu bacaan mekanis tu camne)..tapi, aku sangat tertarik dengan ayat last entry tu..so, aku copy paste kat blog ni sebab aku rasa ayat tu sangat puitis and makan dalam...

here..

"Allah itu sentiasa bersama kita. Allah tidak pernah tidak mendengar rintihan dan kebahagiaan di hati hamba-hambanya. Segala-galanya darinya. Jangan sesekali berasa sombong dan bangga diri sehingga melupakan Allah dengan keupayaan diri yang hanya pinjaman. Dan jangan sesekali lupa lafaz syukur kepadanya. Bersyukurlah. Daun kering itu dari Allah. Daun emas juga dari Allah. Daun kering kita tidak peduli. Daun emas kita kejari. Bukankah pemberian dari yang tersayang itu kita sentiasa hargai dan syukuri walau bagaimanapun rupa pemberian itu?"



Ilham dari hati : Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan?

Feb 24, 2011

Kau sanggup nikahi gadis tanpa dara???

Assalamualaikum (^_^)

Entry ni ditulis mengikut kefahaman aku melalui beberapa pembacaan. Kalau ada kesilapan, tolong beritahu dan aku akan betulkan. Korang digalakkan buat research sendiri untuk lebih kepastian. Terima kasih.

[Comel kan kucing ni...macam...aku?? Erkk hehehe]


Wahh macam gempak je introduction aku kan? Hahaha orait guys! aku nak tanya sikit ni..

Kalau korang ni lelaki, korang boleh terima tak kalau bakal isteri korang tu tak ada DARA??
Hmm korang jawab dalam hati jelah ye. Sebab itu hak korang dan aku tak nak tau. Cuma, aku harap, abang2 bujang teruna kat luar sana tu boleh luangkan sedikit masa untuk baca entry ni. Tengs!

Aku tahu benda ni isu sensitif sebab dara ni lambang maruah seorang perempuan. Tapi, kita cuba bercakap dari sudut ilmiah dan kemanusiaan ye.

2 hari lepas, aku baca majalah SOLUSI Isu 28, dan ada satu ruangan iaitu ruangan MUNAKAHAT yang ditulis oleh Ustaz Badli Shah Alaudin membincangkan isu "Nikahi Gadis Tanpa Dara". Dan aku terpanggil untuk berkongsi ilmu ni dengan korang. (^_^)


    [berbaloi keluarkan 9ya tuk sebuah majalah ilmu..:p]


  • Selaput dara ialah satu membran elastik yang nipis terletak di pangkal vagina. Ia boleh terkoyak disebabkan sukan aktif seperti menunggang kuda, gimnastik, memanjat gunung atau lompat tinggi.
  • Selaput dara juga boleh rosak kerana terjatuh, atau kerana keluar aliran haid yang terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya.

You ols pernah dengar tak, kalau suami nak tahu isteri tu masih dara atau tak, masa malam pertama kemaluan isteri akan berdarah sikit. Itu tandanya, baru pecah dara dan belum pernah melakukan seks sebelum ni.

Mitos tu salah sama sekali!. Aku pernah baca isu ni dekat majalah Dara.com (tak ingat edisi ke berapa). Tak semestinya kalau kemaluan tak berdarah waktu malam pertama, maka isteri dia dah tak ada dara. Sebab, sebenarnya selaput dara tu dekat dengan pembuluh darah. Bila selaput dara terkoyak and terkena pembuluh darah, itu yang menyebabkan kemaluan si isteri berdarah.

Aku bagi contoh, kes kemaluan tertusuk kayu. Kayu tu akan koyakkan selaput dara dan langgar pembuluh darah, maka kemaluan akan berdarah.

Tapi, bagi kes si isteri tu aktif menunggang kuda dan tanpa sedar aktiviti tu telah menyebabkan kerosakan selaput dara, tapi tak ada objek yang melanggar pembuluh darah tu, maka kemaluan dia tak akan berdarah, menyebabkan dia tak tahu pun dia dah kehilangan dara.

Jadi, memang apa yang kita pernah dengar pasal kejadian malam pertama tu, MITOS jelah kan?? Korang boleh fikir sendiri....(^_^)

--------------------------------------------------------------------------------

  • Mana2 gadis yang hilang dara angkara berzina tetap berstatus gadis. ini kerana persetubuhan yang berlaku bukanlah persetubuhan yang halal (tanpa akad nikah).

  • Jika gadis itu disetubuhi melalui duburnya, maka statusnya tidak berubah (gadis) kerana persetubuhan tidak berlaku melalui farajnya.

Okay, korang faham kan? Maknanya, semua anak dara itu berstatus gadis tetapi bukan semua gadis itu berstatus anak dara...

Wahai kaum wanita sekalian, ustaz ni pesan, supaya kita menjaga kehormatan diri kita. Sebab, golongan lelaki zaman sekarang masih mementingkan sola keperawanan seorang wanita (walaupun diorang belum tentu TERUNA!). Jika selaput dara belum terkoyak, secara ADATNYA menunjukkan wanita itu masih dara dan belum pernah melakukan seks dengan lelaki. Jaga diri, jaga hati, hiasi peribadi ye sayangku....

Untuk golongan lelaki pula, jangan terlalu kolot dengan menolak mentah2 gadis yang tiada dara. Fahamilah bahawa selaput dara hanyalah satu membran elastik yang sangat nipis dan boleh terkoyak disebabkan sukan yang aktif. Oleh itu, kalau hilang dara disebabkan hal yang bukan disengajakan, jumhur ulama menetapkan bahawa gadis itu masih dalam hukum seorang perawan.

Erti keperawanan sebenar dalam Islam ialah wanita yang terjaga daripada hubungan seks luar nikah sehinggalah dia berkahwin dengan pasangannya.


Persoalannya, berapa ramai je gadis yang masih dara zaman sekarang ni???


Till then, tengs for reading this entry.

Please do correct me if anything wrong yah!

sekian, wassalam...(^_~)




Ilham dari hati : Salah satu cara untuk mendapatkan jodoh yang baik ialah dengan memperbaiki diri. Insya-Allah....

Feb 21, 2011

surat untuk my ex-BF and ex-BFF...

Assalamualaikum (^_^)

Surat buatan tangan ini hanyalah sekadar suka-suka..tapi, kalau korang selam dalam2, ada maksud yang aku nak sampaikan.


Dear my ex boyfriend,

B, you apa khabar? Pipi you yang kena tamparan wanita I hari tu dah okay ke?? I minta maaflah sebab tampar you hari tu. Betis you bengkak eh? Yelah, I rasa I tendang you agak kuat jugaklah..well, I kan budak taekwando.

Actually, I marah sangat dengan you tau B. Ada ke patut you cakap selama ni you sanggup couple dengan I semata-mata sebab you nak bahagiakan I dan bukan sebab you betul2 cintakan I. Owhh shit!

You tahu tak, I dah lah tengah berapi tengok you mesra2 dengan bestfriend I sendiri, tup2 you mengaku pulak yang korang berdua dah lama couple. And, Tina, your girlfriend tu (aka my ex-BFF) tu punyalah bangsat sebab dia yang minta you couple dengan I supaya I boleh bahagia. What the hell ni??? You ingat you sorang je laki yang boleh bahagiakan I? Haa??

Owhh God! Macam mana lah I boleh tertipu dengan lakon layar you ols ni ye??


Tina,

I nak tanya, selama ni I nampak desperate sangat ke nak ada boyfriend sampai you sanggup berkorban demi kebahagiaan I? (kononnya berkorban!!) Selama ni, memang you kesian sangat ke dekat I sebab takde lelaki yang sudi nak seriuos dengan I?? Rendah nye martabat I di mata you kan, Tina?

You ingat I suka ke dengan apa yang you buat ni? You buat I rasa lagi terhina tau tak!

You cakap, you suka tengok I dengan B. You kata kitorang sweet couple. You siap belikan kek Resipi Rahsia masa anniversary kitorang. You yang paling excited plan candle light dinner masa B nak pujuk I yang tengah merajuk. You yang suggest kitorang beli berhelai-helai T-shirt couple, supaya bila kitorang date, nampak sangat sehati sejiwa. Wak luuuuu!!!

Pandai you cover pendustaan you selama ni kan? And I rasa mata I ni buta sebab tak dapat discover lakonan korang. Owhhh korang memang shilake!


B my ex BF,

You tahu tak hati I ni macam dihiris pisau lepas tahu you sebenarnya berpura-pura cintakan I. Lepas tu, pedihnya bertambah sebab Tina perah limau nipis kat hati I yang dah terluka ni bila dia mengaku dia yang suruh you berbaik dengan I. Sakit dow!

I rasa, kalau you tak berbaik-baik dengan I, kalau you tak bagi I harapan dengan janji manis penuh kebahagiaan tu, takkan punya I nak jatuh cinta dengan you!! Kan lebih baik you reject I awal2, sakit nya taklah teruk nak mati kan?

Owhh I tahu, you ols mungkin simpati dekat I. You ols rasa tak sampai hati nak bagitahu I hal sebenar. Sebab, you ols nampak semakin hari I semakin bahagia. Tapi, ada makna ke kebahagiaan I ni ha? Dan I rasa, you ols ada maksud lain meneruskan penipuan ni. You ols memang setan kan?? Huh!

Jalan hidup kita ni macam skrip tau tak? Plot cerita kita mesti ada permulaan, konflik, klimaks dan peleraian. Rahsia yang you ols simpan tak selamanya akan tersimpan. Mesti akan ada konflik yang membawa peleraian sekaligus meletupkan rahsia tu. Kenapa you ols bangang sangat ni?? Tak boleh fikir dulu ke sebelum buat sesuatu? Otak letak kat bontot eh?

(Yup, you ols tahu kan I ni ada master dalam Bahasa Melayu. Sebab tu ayat agak dramatik sikit...dan berbelit.)

Nasib baik Roy si Rongak tu call I and bagitahu dia nampak you ols lepak dekat mamak tu. Perghh well done lah lakonan korang. Tina, bukan you cakap this weekend you stay rumah abang you ke sebab kakak ipar you sakit. Hmm, rupanya abang you my B kan??

B, you cakap dengan I you kena pergi kursus dekat Ipoh kan? Owhh kursus you dekat mamak ye? What the hell!

[selama ni I berkawan dengan binatang rupanya]

Dear my ex BF and ex BFF,

I rasa setakat ni jelah yang I nak bagitahu. Tina, lepas ni, I harap you keluarkan semua barang you yang ada dekat kondo I. Sebab, selama ni pon you menumpang je dekat kondo tu. Sewa pun I yang bayarkan. (yelah, dulu I ingat nak tolong you and tak nak berkira sangat pasal sewa RM1000 kondo tu). I memang dah taknak tengok muka you lagi. Anggaplah kita tak pernah kenal selama ni. Sebab, I dah menyampah nak tengok muka you lagi. Dahlah banyak jerawat batu! hahaha

For you B, terima kasihlah sebab pernah couple dengan I. Sekurang-kurangnya I pernah merasa pahit manis zaman bercinta kan. Walaupun sebenarnya you dah bagi pengalaman yang shilake!! And please return my credit card yang you pinjam selama ni. I kerja siang malam bukan untuk support laki jahanam macam you okay!!

Sekian, I harap you ols bahagia sampai neraka.
Adios, berambos!




Yang tak pernah berpura-pura,

Milah London




Facts about this letter :

  • Jalan cerita inspired by Avril Lavigne's song, "My Happy Ending".
  • Idea nak tulis surat2 segala bagai ni inspired by blog theotherkhairul.
  • Perkataan 'shilake' tu aku tiru dari blog sarangplatipus.
  • Surat ni takde kaitan dengan yang hidup atau mati. Rekaan semata-mata.
  • Berat hati nak guna perkataan carut and kasar, tapi terpaksa guna sebab nak bagi more dramatic.

So, happy reading. Aku rasa, korang dapat nilai apa yang aku nak sampaikan dalam surat ni...

Tengs for reading korang!! Muahxsss

Ilham dari hati : Tengs to Iela sebab sudi follow blog tak seberapa ni..
















Feb 13, 2011

ini entry luahan perasaan si budak baik :p


Assalamualaikum (^_~)

Hari ini, budak baik macam aku ponteng assembly. Sebab? Tutor aku cancel tutorial last minute sedangkan kitowang semua dah bersiap dengan separa bersemangat untuk perjumpaan tutorial tu. ngeh~~

dan sepatutnya, this week turn kitowang untuk menadah telinga mendengar amanat itu dan ini di assembly...tapi,

budak baik macam aku decide taknak pergi. hahah satu kelas pakat tak mau p!

aku dan housemate sambung tidur sebab next class pukul 11.45 pagi. Tetiba, roomate aku kejut and bagitahu :

"aisya bangun. Mr. Zek (bukan nama sebenar) nak jumpa untuk BIG sekarang."

erkkk..mampos! terus cuci muka, terus sarung baju kurung, tudung serlung and angkut bag masuk dalam kereta. Memang tak fikir apa dah. Gila kelam kabut!

[muka bangun tidur aku.tanpa pelembab.tanpa lip gloss. bebas mekap]


Aku tengok jam dah pukul 11.05 pagi. aduhh Mr. Zek nak jumpa pukul 10.45. Dalam hati berdebar giler...aku dah terbayang muka tenuk aku kalau kena tengking dengan Mr.Z. hell yah!

sampai dekat dewan, dengan penuh berhati2, kitowang menyelinap masuk and terus duduk dekat kerusi kosong. fuhhh! Mr. Zek tengah bercakap dengan someone so dia tak perasan kitowang masuk lambat. SELAMAT dari tengkingan dan cacian! hahahaha

(for your information, Mr.Z punya tengkingan boleh buat korang tuli sebentar. dan, pengalaman ditengking depan orang ramai tu akan menjadi memori hitam dalam hidup korang. thats why kitowang cuak giler kalau dia dapat tangkap kitowang tak pergi assembly)


kenapa aku tulis entry ni???

Kitowang susah sangat nak buat hal dekat maktab ni. Takut nak ponteng kuliah, takut datang lambat, takut ponteng tutorial..kalau nak buat hal je mesti fikir banyak kali. kalau nak nakal2 sikit, mesti kena pakai ramai2. Prinsipnya, kalau kena marah ramai2 taklah malu sangat. haha

senang cerita, kami agak skema! hahah


[nah lagi satu muka selekeh baru bangun tidur.]



orang lain tu, selamba badak sumbu je datang lambat ke kuliah.. selamba je buat muka tenuk tak datang kuliah..tak pergi tutorial and assembly..

tapi, yang sokmo buat hal ni, susah sangat nak kena any tindakan disiplin. dorang kebal kot kan??

tapi, kalaulah group aku yg buat hal, MESTI kena sound! adehhh tension kau tau tak!!

contoh :

1. Group aku JARANG datang lambat ke kuliah. kalau lambat sekalipun, mesti akan sampai sebelum lecturer masuk. tapi, bila sekali datang lambat...pergghhh lecturer sound baik punye!!

padahal lambat tak sampai 5 minit.

orang lain yang berkali2 lambat ke kuliah, tak pernah kena sound. bukan lambat 5 minit tau, tapi selalunya around 15 minit.

kalau korang, tak sakit hati ke??

itu baru satu contoh...sebenarnya banyak lagi. tengok jelah kejadian pagi tadi. time kitowang tak datang assembly lah lecterur nak buat perjumpaan macam2..kelam kabut aku drive pergi maktab! masa kitowang ada kat assembly sebelum2 ni, takde siapa2 pulak nak buat perjumpaan. aishhhh

dan aku dah mengalami situasi ni banyak kali since zaman sekolah lagi. aku buat salah sekali, mesti kena sound ke, denda ke or whatever lah! kadang2 rasa unfair tau..sebab, orang lain buat salah berkali2 tak pernah kena apa2..aduhh..

tapi, kalau difikirkan guna akal budak 21 tahun macam aku ni (ehemm...), aku rasa kejadian macam ni jadi sebab Allah sayangkan kitowang. Allah taknak kitowang buat hal..Allah nak kitowang sentiasa berbuat baik..yelah, bila dah terkena masa first time buat hal, confirmlah insaf lepas tu kan?? haha

so, kalau korang pun ada pengalaman macam aku, silalah berfikiran positif ya.. Allah nak menyelamatkan kita (^_^)


till then, teng for reading this entry luahan hati..
take care coz i always care..




Ilham dari hati : Rasa macam nak terkeluar jantung sebab terlampau takut sangat pagi tadi!

Feb 11, 2011

surat untuk Juma : surat kasih sayang namanya..

Assalamualaikum awak2 yang saya sayang (^_^)

Entry kali ni saya tujukan khas buat sahabat baik saya, JUMA.


Juma,

Aku baca blog kau yang pasal kau sedih and kecewa tu. Aku tak tahu kenapa aku pun rasa sedih baca cerita kau. Aku rasa, kau betul2 kecewa. Aku rasa lah..

Aku faham Juma. Kalau aku dekat tempat kau pun, mesti rasa sedih juga. Yelah, orang bercakap sesuatu yang tak betul pasal kita. Rasa kecewa sebab orang lain seolah-olah tak faham dan tak hargai kita. Bukan setakat sedih, tapi rasa nak marah kan? Sakit hati pun ada. (-_-)

Aku tak tahu apa masalah sebenar kau. Sebab, kita pun jauh. Nak contact untuk luah perasaan, kau takde handphone. hahah kau boleh hidup tanpa handphone kan? hahaha..eh2 sori aku tergelakkan kau. (^_~)


Juma,

Kalau kau nak tahu, aku pernah merasai fasa TERLAMPAU kecewa selama 2 kali sepanjang 20 tahun aku hidup. (ehemm...birthday aku tak lama lagi tau!) Tahap kecewa seolah-olah aku putus harapan. Tapi, aku rasa, tak ramai yang tahu pasal ni. Sebabnya, aku simpan rasa kecewa tu sendiri.

Mula2, masa aku dapat result UPSR. Aku sebenarnya taklah berharap sangat nak dapat 5A. Kalau dapat 4A 1B pun dah cukup bersyukur. Tapi, masa dapat result sebenar, aku frust terlampau. Sampai menangis berhari2, (tak ingat lah pula berapa hari..hahah), abang aku call dari Melaka pun aku taknak jawab. Makan pun tak selera. Aku ponteng sekolah agama petang. Memang berkurung je dalam bilik macam orang mati laki. Nak tahu sebab apa??

Sebab, aku dapat 4A 1B. Dan, B aku tu ialah subjek Sains. Aku tak boleh terima hakikat tu. Sebab, Sains aku tak pernah B (masa sekolah rendah je..hahaha). Kalau BI aku yang dapat B, aku boleh terima sangat2 sebab aku tak pandai BI sangat masa tu. (sekarang pandai sikit2 je..haha)

Aku sangat2 tak boleh terima kenyataan tu Juma. Aku terlebih confident, mungkin..

Dan, aku bertambah frust sebab aku tak boleh masuk sekolah asrama. (sekolah sains hanya untuk 5A sahaja). Kau tahu kan aku nak sangat masuk sekolah sains selangor dulu. Kau tahu kenapa kan? Ye, sebab mamat tu. hahaha bodohnya aku!

Tapi kan Juma, bila aku dah besar, aku nampak hikmah yang Allah bagi atas kegagalan mendapat 5A dulu.

Kalau aku dapat 5A, aku tak akan masuk SMKAKL. Kalau tak belajar kat SMKAKL, mungkin aku masih pakai tudung pendek-baju ketat-seluar sendat. Kalau aku tak belajar kat SMKAKL, mungkin aku tak berpeluang untuk memperbaiki diri. Mungkin tak ada peluang untuk jadi baik. Mungkin aku takkan tahu apa itu Al-Mathurat, usrah, naqib, naqibah. Mungkin aku tak ada kesedaran untuk menghafal Yasin, Al-Mulk dan Ad-Dukhan.

SMKAKL tu anugerah untuk aku. SMKAKL tu tempat aku menimba ilmu dunia dan akhirat. Bayangkan, besarnya hikmah yang Allah bagi dekat aku atas satu kegagalan yang tak seteruk mana. Allah merancang sesuatu yang jauh lebih baik untuk aku.


Juma,

Kali kedua aku kecewa ialah masa korang semua dah pergi Matrik. Ada yang dah masuk U. Aku? Belum terima apa2 tawaran pun. Sedangkan korang? Korang dah mula sibuk dengan kuliah. Aku tertekan Juma. Aku rasa kecewa yang teramat.

Aku cuba elak kalau orang tanya pasal tawaran. Aku rasa terhina. Aku rasa rendah diri. Teruk sangat ke result aku sampai aku langsung tak tersenarai dalam mana2 U or matrik?? Aku rasa useless sangat. Macam tak berguna je piala2 and sijil2 yang aku dapat masa sekolah dulu. Aku siap call kau masa kau dapat UIA. Kau suruh aku tunggu second intake.

Kau tahu, aku sampai tak jawab calling dari makcik Noraini (ibu Hidayah, adik dorm kau tu). Berkali-kali dia call aku, mungkin sebab nak tanya aku dapat U mana. (makcik memang caring kat bakal menantu dia ni..hahahha) Aku malu sangat nak jawab calling dia, sampai aku sanggup tak angkat phone. Padahal, banyak kali sangat dia call aku. Kejam kan aku??


Punyalah kecewanya aku, aku drive kereta sorang pergi pantai puteri dekat area rumah aku. Aku menangis sorang2 dalam kereta. Aku menangis macam budak2. Aku menangis puas2. Aku tak peduli dah orang yang lalu lalang kat situ. Angin pantai tu yang tenangkan hati aku. Aku cuba kuatkan semangat, Juma. Aku rasa macam dah kecewakan abah. Aku rasa macam tak ada masa depan kalau aku tak further study. Sampai macam tu aku rasa. Teruk kan?


Tapi kan Juma, bila aku dah besar, aku nampak hikmah keperitan aku dulu.

Aku dapat masuk maktab. Padahal, aku isi borang last minute. Sehari sebelum tarikh tutup. Tapi, rezeki aku kan Juma? Memang, masin mulut korang2 yang pernah cakap aku akan jadi cikgu. Insyirah orang yang paling confident cakap aku akan jadi Pengetua macam Ustaz Kamarul. Hahah nampaknya, korang2 lagi sedar kelebihan aku. Aku je tak sedar diri.hahaha

Dan, kau and Insyirah antara insan yang sangat banyak tolong aku untuk interview tu. Kau yang sudi berlakon konon2 jadi panel temuduga (scary dow tangga umah kau!) Kau ingat kan, kita pergi interview tu pagi2 buta. Kau yang tolong kemaskan fail sijil2 aku. Lepas tu, kita pergi makan and balik Taman Melati naik train. Hahaha indah kan?? Kenangan sungguh (^_^)


Juma,

Kalau aku dapat result bagus2, mesti aku dapat pergi Mesir belajar Medic macam kawan2 kita. (kau tahu kan aku nak sangat jadi doctor) Kalau aku belajar dekat Mesir, mesti abah aku rindu giler kat aku kan? Mesti aku susah nak jumpa dia, sebab kos pergi balik yang tinggi. Mesti aku tertekan dan trauma dengan rusuhan kat sana. Mesti aku akan buat mak abah aku risau kan?

Kalau aku masuk U, aku mungkin akan lagi jauh tersasar dari landasan iman. Mesti aku risau sebab takde ada jaminan kerja. Mesti banyak duit abah yang habis sebab duit PTPTN tak cukup nak tanggung life aku.

Tapi, Allah tempatkan aku dekat maktab. Kota bharu plak tuh! Sekurang-kurangnya dekat sini, aku belajar untuk memperbaiki diri, Juma. yelah, nak jadi cikgu kan. Mana boleh buruk perangai.hahaha..

Masuk maktab, aku tak payah risau pasal kerja.Memang confirm ada. Tak perlu risau pasal duit sebab elaun banyak dan cukup.

Cukup semuanya. Besarkan hikmah yang Allah bagi.


Juma,

Kita dah semakin dewassa. Ujian tu tanda Allah sayangkan kita. Tak puas rasanya sesuatu kejayaan kalau tak bermula dengan kesusahan kan?

Sekarang ni, kalau nak dapat result exam, aku akan doa macam ni :

"Ya Allah, hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan. Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Kau berikanlah kekuatan seandainya aku tidak mendapat sesuatu yang diinginkan. Jadikan aku orang yang redha dan bersyukur, Ya Allah. Jauhkan aku dari sifat riak dan takbur seandainya aku mendapat kejayaan yang diinginkan...."


Untuk Juma dan semua yang membaca...




Bukan niat aku untuk menyuruh korang rasa tak kisah kalau tak berjaya, tapi aku hanya nak korang redha dengan takdir Allah. Mungkin kita tak cukup berusaha. Mungkin kita tak cukup berdoa. Dan mungkin bukan masanya lagi untuk Allah beri apa yang kita inginkan.

Jangan sedih2 Juma. Maaflah kalau kau tak suka nama kau dipublish dalam blog aku. Aku tahu kau pemalu. hahah..Aku harap, kau buat betul2 dalam exam kau esok. Jawab ikut buku okay? hahhaa (^_~)


Till then, bahagia atau berduka, hidup mesti diteruskan!

Tengs for reading this entry.

Wassalam.




Ilham dari hati : Bila kita turut sedih dengan kesedihan kawan kita, itu tanda kita sayang dia kan?