DEGUPJANTUNG

Feb 5, 2011

masih single?? baca entry ni untuk pujuk hati (^_~)

Assalamualaikum (^_^)

Hye peeps! Rindunya kat blog ni..and of course saya rindu kat awak2 semua jugak! Sori lama tak update blog. Otak beku sampai tak tahu nak taip apa kat entry. Nway, terima kasih banyak2 kat korang2 yang sudi singgah blog ni even takde entry baru. Tengs yah! (^_^)
Entry kali ni aku nak cakap pasal kelebihan orang yang masih single. (hahah sensitif kot isu ni!)


Aku dapat idea nak tulis entry ni sebab kejadian dekat entry sebelum ni. Juga, sebab ada ramai member aku yang mintak tolong aku carikan pakwe untuk diorang. (erkk, aku ni ada rupa ejen pencari jodoh ke?)
bila aku tanya kenapa, jawapan yang akan aku terima ialah :
"sunyi lah wei! kadang2 aku sorang2 je kat bilik bila semua kawan2 aku pergi dating."
atau
"Semua kawan2 aku dah ada couple, aku je single. Apa aku ni tak cun sangat ke sampai tak laku??"
ada jugak yang cakap,
"Aku rasa macam best je couple. Ada orang bagi hadiah, ada orang pujuk, ada orang bla..bla..bla.."

Oppss...sorilah kalau ada yang terasa. Aku rasa, bukannya BERDOSA pun kalau korang belum ada couple macam kawan2 korang tu. yang korang nak risau sangat apesal? Rilekslah..korang pun muda lagi. Belum sampai tahap WAJIB kahwin pun kan? so, yang nak kalut2 ni apesal?? Tengok aku, cool je..hahhahah..
Aku mengaku, pernah melalui fasa IN A RELATIONSHIP ni. ehemm..
Dan, sekarang aku dah kembali berstatus SINGLE. ehemm..
Tapi, kalau nak dibandingkan antara dua situasi ni, aku pilih SINGLE. sebab, golongan single macam kiter2 ni, ada banyak kelebihan yang kita tak nampak. Opss sebelum tu, aku nak ingatkan korang yang ini adalah pendapat peribadi aku berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Kalau korang tak setuju, itu korang punya pasal! hahahah
Justeru, kalau korang termasuk dalam kategori saya-risau-saya-belum-ada-couple-lagi ni, korang patut baca entry ni. yeahh check it out bebeh!


1. PENJIMATAN TERHEBAT!
Topup. Setiap hari mesti nak gayut. Mesti nak bercerita hari ni makan apa, buat apa, belajar apa, beli apa, bla..bla..bla..whatever!! Bukan seminit dua tau! Tapi, sejam dua. Lagi2 kalau long distance relationship. Hahaha bila rindu dah membuak2 tu, kredit RM30 pun rasa tak cukup kan? Alah...even korang satu U sekali pun, dalam sehari mesti ada koling2 kan? Owhh zaman bercinta handphone tu umpama nyawa! Betul tak??

Kalau keluar date pula, biasanya couple2 akan jalan2 dekat shopping complex. Dah penat jalan2, mestilah nak makan kan? Mana kau nak cari nasi 2 hengget kat shopping complex tu? Of course, fast food yang korang cari. Dah tu, sekali makan, kos untuk 2 orang mesti RM20++ right?
(ada ke couple yang guna sistem, bayar asing2?? hahha)

Opss, itu baru lunch. Minum petang korang? (Biasanya couple akan dating seharian, dari pagi sampai petang..sampai malam juga mungkin..hehe) Hmm naklah jugak semangkuk Baskin Robin. Takpun, sesuap dua Mc Flurry. Dapat sweet corn pun jadilah kan? Hahaha duit lagi!

Hadiah birthday. Haaa time ni memang banyak pakai duit. As a lovely-caring-sweet couple, korang mesti nak buat suprise or at least bagi something yang extra ordinary. Yelah, korang kan couple sehati sejiwa. Takan hadiah birthday nak bagi kad je kan?? Paling2 tidak pun, korang mesti nak bersuap2 kek Secret Recipe tu. (satu untuk U, satu untuk I....haha)
Itu baru hadiah birthday. Anniversary?? Hahah duit lagi kan??
So, agak2 berapa banyak RM yang kita boleh selamatkan kalau kita bertahan dengan gelaran single ni? haha banyaklah jugak kan?? :p


Misz aisya cakap : Kalau pasal GF or BF, sanggup berhabis kan? Kalau mak ayah minta tolong belikan bawang sekilo pun kita nak berkira. Kita sanggup buat apa saja untuk GF/BF, tapi untuk mak ayah kita??


2. KURANG KUMPUL DOSA
okay aku tahu yang ni kedengaran agak sensitif tapi, haruslah ditelan hakikat ini ye sayang2 semua (^_~)

bila borak2 kat phone tu, for sure lah ada suara lunak2 manja kan? nak2 time merajuk. flying kiss muahh-muahh tu mesti ada punyalah! Semua tu tak mendatangkan pahala kan? malah...(owhh korang dah besar panjang untuk fikir sendiri..:p)
bila dah keluar berdua tu, mesti ada terpegang-pegang..terlanggar-langgar..terlaga-laga. eh, mula2 memanglah TER, dah lama2? hahaha..



[pegang tangan sesama jantina, tak apa ye..]

bila merajuk, mestilah nak pegang tangan konon2 untuk memujuk...belai2 rambut..lap2 air mata..peluk bahu..tanda korang sayang and sentiasa di sisi..(kononnya..hahah)

tapi, kalau kita tak ada couple? tak adalah kita terlibat dengan benda2 macam tu kan? so, tak rasa beruntung ke bila tak kumpul dosa? hihihi
Misz aisya cakap : lelaki sanggup serahkan cinta sebab nak body, perempuan sanggup serahkan body sebab nak cinta!



3. BEBAS DAN AMAN SENTOSA
Okay, aku ada story nak share. Ada sorang member aku yang sangat terikat dengan BF dia.
Tak boleh makan coklat, sebab BF kata orang perempuan tak elok makan coklat.
Tak boleh berjemur tengah panas, sebab BF tak suka awek kulit gelap.
Itu tak boleh, ini tak boleh, semua tak boleh! Sebabnya, BF tak bagi. Hakk tuihhh! Merepek lah BF member aku ni. Macam takde life pulak kalau dapat BF macam tu. Yup, memang kau sayang awek kau, tapi tak perlu mengongkong okay? As long as perkara yang awek kau buat tu betul, biarkan dia bebas buat keputusan untuk diri dia. Kau sebagai BF, boleh bagi pendapat tapi bukan suruh TAAT!
Kes lain, pasal cemburu buta. Ada sorang kawan aku selalu bergaduh dengan BF dia sebab cemburu buta. Beb, dengar sini aku nak cakap. Kau bukan hidup berdua je tau dalam dunia ni. Takkanlah GF kau nak buat kerja, bincang2 dengan classmate lelaki pun kau nak cemburu?? Please lah rasional sikit! Bagilah kebebasan kat dia untuk berkawan dengan sesiapa je yang dia suka. Takkanlah 24/7 nak mengadap muka kau yang tak berapa nak hensem tu kan? hahha


Mizs aisya cakap : kita2 yang single ni bebas berkawan dengan sesiapa saja. bebas buat apa yang kita suka tanpa perlu serabut fikirkan couple kita. bebas usha2 and cuci mata dengan sesiapa. hahaha opss!



[bersendirian tak bermakna kita tak bahagia kan?]
hahha itu sahaja. sorilah sebab tak dapat tulis banyak2. aku dah mamai masa taip entry ni. apa yang terfikir itulah yang aku tulis. aku harap, korang2 yang termasuk dalam kategori saya-risau-saya-belum-ada-couple-lagi ni, tak risau lagi dah lepas ni.


Lagipun, takde couple bukan bermaksud korang tak laku lah. Bukan bermakna korang tak cantik, tak hensem. Bukan bermakna korang takde pesona dan aura. So, jangan risau sangat. Ambil masa untuk perbaiki diri dan berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Okay??


tak perlulah jeles2 dengan diorang2 yang ada couple tu. jodoh hari ini belum tentu sampai esok, kan? (pinjam ayat TheBentPencil yang hensem..haha)


Korang2 yang sedang bercinta tu, jangan salah faham pulak. Aku bukan ANTI budaya coupling ni. Aku tak menggalakkan, tak juga menghalang. Semua ni terpulang kepada individu untuk memelihara diri masing2..korang pun dah terlebih mumaiyiz untuk bezakan mana baik mana buruk..betul tak? hahha
(tapi aku mengaku sangat menyampah dengan budak2 tak habis sekolah lagi dah ada pakwe untuk dipeluk dimanja. gelenyar!)

thats all. teng for reading this entry.
take care semua.
sayang korang!
muahhxss!
wassalam. papaiii (^_~)




ilham dari hati : Kalau korang nak baca something yang lebih best pasal being single ni, boleh baca di terfaktab.
















3 comments:

  1. betul tu..single is better than couple :)

    ReplyDelete
  2. menarik...membukak lembaran dan inspirasi baru...
    berfikir secara holistik bkn futuristik sgt...
    betol2 menjana...tp utk tidak nmpak berat sblh...tulis la entry kebaikan couple dr segi syarak...msti lg cantik...

    ReplyDelete
  3. muni : owhh muni pon single kan??

    zamir : tenkiu..hurm, entry ni tuk enjoy..tak nak nmpk dakwah sgt..sbb aku bukan org yg layak..:p

    ReplyDelete